Yang Perrgghhh.... Klik weyhh :

Wednesday, September 26, 2012

Menangis

Bila kau dah sedaya upaya
Untuk buat sesuatu
Kau hampir gagal
Kau tetap usaha
Tapi................

Orang yang terdekat
Terus mempertikai
Hampir patah semangat
Serius rasa nak jerit
Lepas lelah.....lepas geram.......


Last thing yang jadi
tak plan nak buat... yela :

m   e   n   a  n  g  i  s    ;(




Sunday, September 23, 2012

PEMIKIRAN 'dia'...... -_-"

Bila diri BODOH SOMBONG, 
hal agama dianggap MUDAH. AMINA WUDUD dianggap wira... ??!!! 
Berkata seperti TIN KOSONG yang penuh berisi kerikil, 
yang nyata SALAH dianggap betul. 

Kecik molek tapi sayang MULUT besar melaung hak kebebasan,
POLITIK melebihi hak sebagai seorang PELAJAR.
Tidakkah 'dia' bersyukur keberadaannya 
Menuntut ilmu di sini

Aku EMOSI..
Mungkin.. 
Disebabkan oleh PEMIKIRAN 'dia'
Sedarkah 'dia' hal tindakan dan pemikirannya??

Wallahualam.... -_-"






Sempadan~

Assalamualaikum..

Destinasi ahadku
Padang kawad dan pusat sukan
Menjenguk mereka yang dibawahku
Termasuk juga yang diatasku
Dalam erti kata lain- Junior , Senior

Aku dengan mereka
Sahabat dunia..
Mungkin juga akhirat
Hayun langkah bersama

Serius..ketawa..biasa-biasa
Aku pilih biasa-biasa
Aku tengok mereka
Dalam kalangan itu,
Pernah ada cerita hitam denganku

Ya..sempadan itu
Dengan dia dan segelintir mereka
Aku cuba untuk positif
Wahai hati suci putihlah dikau
Bersangka baik pada semua
Dan itu adalah yang terbaik
Tiada dendam, lebur.

Aku gembira
Dan sekarang masa untuk aku balik
Balik ke rumah..
Minggu depan, akan ku jenguk lagi kalian =)

___________________________________________________________________

p/s: takecare ~

Friday, September 21, 2012

Sedikit Perkhabaran :D

Assalamualaikum..


Aku tak busy malam ni. Errr..curi masa sikit nak update belog =)
Disebabkan ramai sangat yang tertanya-tanya amende lah aku buat kat Shah Alam ni kan....
hahaha >_<"

1.Konvokesyen ke-77 UiTM Shah Alam

- OK , firstly aku datang balik sini disebabkan urusan konvo aku , November nanti =)
Alhamdulillah.. Konvo jugak akhirnya .. hahaha =p 

Mengenai intake Degree September ni, badnews.. Aku tak dapat. 
So, teruskan memohon untuk intake MAC 2013. Hopefully dapat..





2. Training PALAPES UDARA UiTM Shah Alam
- Even dah nak grade, tapi aku still menyemakkan diri join training. hehe..InshaAllah, ada masa terluang aku turun training. 

Lagipun as an officer, rugi rasanya if tak turun.. hehe. 
Elaun ada, makan free, then join training.. dah tak heavy sangat macam zaman-zaman junior dulu. haha =p




3.Perniagaan Butik Pakaian
- Next..Butik pakaian. Banyak halangan yang aku tempuh.. banyak dugaan. Terutama dari segi modal permulaan. 

Tapi Alhamdulillah, atas bantuan family & sahabat dunia akhirat aku.. Dapatlah aku teruskan.. InshaAllah, launch pertengahan OKTOBER ni. if takda aral melintang.

So, nama kedai secara rasminya yela MAGNIFIQUE Boutique.. 
Lokasi: Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam =) 
Tunggu la ek pembukaan rasmi nye nanti..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Erm..tu je la dulu kot. Ada masa nanti aku update lagi.
Takecare =)



p/s: Maafkan jika ada salah dan silap daku dulu, kebudak-budakkan. Bende remeh jadik serius. Kau tetap sahabat aku dunia akhirat. Maybe I can't fix 'something' that already broken, but im trying to start new, start fresh..trust me. Aku sayang kau, kawan. :D