Yang Perrgghhh.... Klik weyhh :

Monday, May 28, 2012

Cute Turtle =) -belog cik uchi-

Assalamualaikum.. =)

Lepas seminggu memerah otak join kursus keusahawanan tu, aku decide nak hangout dengan member-member aku ^_^" hehehe.. hari ni je la free kan.. ngeee~ Lepak chill sehari..

Menyempat pegi Bukit Cerakah, kali ni pergi musim bunga. Siyes lawa =) Pergi berlima.
Then, pegi Sunway Pyramid. jalan-jalan.. Lepak kat Sushi King.. Si Fadhlin ni mengidam sangat nak sushi.. hahaha =p Pic sume aku tak dapat lagi. So, next time inshaAllah, aku rajinkan diri update & upload gambar tu sume kay..




So, Cute Turtle?? Camni ceritanya.. Aku BW hari tu, lama dah lah. Pastu aku terpana terpaku dengan  hasil kreatif akak gorgeous sorang nih.. belog dia nama cik uchi blogsaurus..hehehe..








So, aku pon beli lah beberapa ekor turtle yang comey 
untuk aku & sahabat tersayang aku =)
Ada gi 3 4 ekor yang bersembunyi kat belakang... hehehe..

Comeyyy kannn ?? Memang puas hati lah ;)
So, sape-sape teringin nak beli boleh lah usha kat belog ni kay ~


 >> Belog Cik Uchi <<
[silalah klik untuk usha belog ^_^"]

Thursday, May 24, 2012

Pendapat. Social Network . Aku?

Assalamualaikum..

Dua tiga hari ni busy dengan program keusahawan under UiTM. Blogwalking memang aku tinggal lah buat sementara waktu ni...ngeee~ Malas nak cerita detail pasal program. heee >_<" ada masa aku cerita . . =)

Just nak cerita sikit je pasal sesi modul malam tadi ni. Dalam satu slot Dr. tu ada sentuh pasal penggunaan Facebook / Myspace / and other type of social network. Usually dalam FB or other social network , ramai pengguna yang selalu salah guna benda alah ni such as post status mengarut/ update latest place dekat mana/ mengutuk / gossiping/ what ever lah...

Dr. ni ada kata lagi, those medium lebih berguna dijadikan platform untuk berniaga dan bukan untuk personal story and yang sama waktu dengannya... ngeeee >_<" Bila aku dengar je, terus rasa macam.... zaaassss...... hahaha. Aku takdelah post mengarut sangat kat facebook. upload pic mulut itik bagai, bergosip bertumbok kat facebook or belog ni.. lalala. Cuma memanglah, belog aku so cerita pasal aku dan orang-orang sekeliling, keadaan sekeliling aku. hehehe.

Tapi ada betulnya jugak, buat aku terfikir yang tak perlu bagi aku untuk update yang terlalu detail pasal kat mana aku berada, apa aku buat, and apa-apa yang berkaitan. Mengurangkan risiko untuk orang ambil kesempatan/ culik / kutuk / dan banyak lagi benda negatif yang akan jadik -_-" Better kongsi benda-benda yang lebih berfaedah. Such as, business... hehehehe >_<" Dalam perancangan sebenarnya.

TAPI...Belog ni tetap macam dulu, cerita tentang aku , kamu dan mereka =)
Kebebasan untuk aku menaip dan cerita benda-benda yang aku nak kongsikan sama.
So, takda masalah kat situ... aku terima pendapat Dr. tu.. and aku tetap dengan pendirian aku sendiri. =)

ok. dah..tu je. zzzZZZ
takecare~

Sunday, May 20, 2012

TERmarah bukan sebab MARAH -_-"

Assalamualaikum...

Aku buat silap.
Marah sorang dak kecik ni..

Sebab... bukan marah sebab aku betul-betul marah bengang kat dia..
Tapi sebab RISAU -_-"

Sorry.........................................................~

~takecare~

Saturday, May 19, 2012

Untuk mama cayang ^_^"

Assalamualaikum... =)

Aku dah selamat sampai Shah Alam..hehe. Tadi my bff yang pi ambik kat LCCT. 10am landing.. TQVM baby =) err.. nickname dia memang baby okeh.. hahaha =p


Sampai je terus pi teman dia lunch dulu kat area Bangi. Then gi usha kedai dia yang tengah renovate. Area Kajang tak silap aku. Menyempat jugak teman dia gi shopping barang umah sekali kat TESCO Shah Alam. Memang pusing-pusing je la tadi... =) Lama tak hangout sama lak kan..




Ok, dah banyak sangat melalut..lari dari topik sebenar. Hahaha. Hari ni, beli something yang berharga untuk mama cayang. First time aku beli hadiah mahal. Walaupun tak sampai ribu-ribu, untuk masa ni, ni je yang termampu... Pegi kat Hourtag Alam Sentral, kat PAS lah kan..

Motif aku beli, aku pon tak taw. hahaha. Tetiba nak belikan.. a_a"





So, how? Nice tak? Aku tak reti sangat nak pilih >_<" Tadi pilih design lain, member kata tak sesuai, untuk yang muda remaja ok lah.. cewaahh.. hahaha =p Pastu abang tu kata yang ni OK untuk mama.. So, kami decide beli yang ni je =)

OK dah. Tu je. ngantuk gila dah ni... ngeee~ adiosss.. zzzzZZZ
~takecare~






Shopping.Cokelat.Langkawi

Assalamualaikum.. =)

OK..last day kat Langkawi before fly back to KL. Sesi memborong cokelatttt ^_^" hehehe..
Tapi bukan aku punye semua. ngeee.. Beli sekali cokelat yang member pesan.. =)


Pegi tengahari tadi. Tutup kedai jap.. oh ye, sapa-sapa yang kat Langkawi or akan datang ke sini nanti bolehlah jenguk kedai kami : DYNASLINDA LANGKAWI =) Senang je nak cari. Ada barangan mutiara/kristal/kraftangan/perabot kecil jati.

Macam biasa, serbu kedai cokelat Haji Ismail Group.. banyak lagi sebenarnya kedai-kedai cokelat yang lain. Tapi aku prefer beli kat sini je.. hehe



Dah siap memborong.. Jalan-jalan cari makan lah coz dah kebulur ahh.. haha. Pi dengan my gorgeous cuzzy sorang ni haa.. Dah habis makan patah balik kedai, bukak jap sampai petang then tutup. Pegi minum petang lak.. ececehh.. hehe. Cuzzy aku teringin sangat nak air nyior a.k.a air kelapa.. hahha..layankan ajee.. =p


Settle pasal citer cokelat.. =) flight nanti pukul 8.55am. Nasib dekat je airport dengan rumah pak teh ni. Takyah nak rushing gerak awal-awal pagi. haha.

Tengah aku syok menaip, tetiba SPIDERman muncullll kat lappy ni haaa.... 
entah dari mana lah menjelma. 
Aku cuak tengok spider & yang sama waktu dengan nye ni... hahaha. Ada lah kisahnya masa zaman aku kecik dulu... ngeeeeee >_<"


**Oh yee.. if gambar tak jelas tu.. sorylah ek, fon canggih sangat. hahaha.
Klik untuk besarkan gambar =)


p/s: ok dah. tu je. tido-tido..... zzzZZZ ~takecare~

Thursday, May 17, 2012

Hati rasa.......~

Assalamualaikum.. 

Lebih kurang 48 jam dari sekarang, aku akan terbang balik ke KL. So, babai Langkawi.
Till we meet again. >_<" 





Something doesn't feels right. Seriously. I don't know what it is. Tapi....... hati rasa.... something missing. Tetiba aku rasa malas nak balik KL. Malas nak jumpa 'orang-orang' yang........... -_-"
Can i just cancel the tix?? Jawapannya, memang TAK lah kan. Kang tak pasal-pasal kene bebel leh mama. hohoho.







Tadi..dengan mood bangang yang entah pape..Aku jadik stalker, usha fb someone. Macam bangang je aku rasa. Sebab tu aku malas nak fesbuking. Deactivate balik. OK kot. haha. Looking at their pic.. im happy happy for them. Cuma terkilan, coz im ot there.......... -_-"





MASALAH besar ni. Hati dah start nak sedih bagai. Entah pape laaa....... pernah tak ada perasaan tu ??? haissshh.. susah aku nak explain. Macam tu lah... -_-" Pape je la... ngeeee~

haaa.. esok aku start shopping chocolates... hehe. ramai lah jugak yang pesan. Hopefully tak over limit lah nanti. Dah lah paid baggage for 15kg je. Air Asia pulak kan. Dah tu je. Esok lepas je shoping memang confirm aku wat entri pasal COKLAT ! hahaha..

 ~takecare~






Tuesday, May 15, 2012

2 bulan....je?

Assalamualaikum.. 

Aku bakal menjejakkan kaki lagi ke UiTM Shah Alam, Intekma & yang sama waktu dengannye la..
Tapi al-kisahnya, daku bukanlah melangkah ke sana sebagai pelajar Degree... belom lagi. hehe. Diploma baru ja habis April lepas. hohoho... >_<" Aku join kursus keusahawanan. Khas untuk pelajar yang nak graduate or dah graduate. UiTM student je la..

TER-join sebenarnya...tak tahu pun pasal benda ni. Member yang inform. Memandangkan free & macam banyak je benefit yang kitorang akan dapat.. maka daku pon ter-JOIN lah benda alah ni. Kursus ni start 21 May - 10 Ogos. 19 May nanti inshaAllah blah dari Langkawi ni.. hello again Shah Alam.. hehe.

Tapi ada SATU masalah. yup, SATU je. Tapi pening fikir. Tempat tinggal -_-" Sepatutnya memang pihak yang berkenaan provide untuk peserta, tapi majoriti tak nak lak. So, cancel. Terkapai-kapai jugak lah daku nak cari tempat untuk stay. Cadang nak stay kolej lama, tumpang member. Tapi, rasa lama sangat & time aku tamat kursus tu bebudak degree confirm dah cuti. Mana nak merempat lagi.. haha.

Second choice, tebalkan muka try tanya sorang member ni. Aku tak tahu dia stay mana, yang aku tahu kat area Shah Alam jugak. Tapi....... errrmmmm. Tak jadi tanya. Sebab...... errmmm.. abaikan. -_-" Lastly, aku roger member sekampung, stay dekat area UNISEL. Ok lah tu.. jiran je dengan UiTM. hehe.. so, dia pon kata ok .. Alhamdulillah. 2 bulan... je... hehe. TRIMAS beb =)

ok dah. tu je. zzzZZZ~ takecare ~

Monday, May 14, 2012

Hilang... -_-"

Assalamualikum..

Lately aku selalu je mimpi buruk. Tragisnya, after subuh, aku lena jap. Start lah mimpi-mimpi buruk tu menjelma. *Sape soh tido pas subuh.... >_<"* Letih sebenarnya.. huhu, jaga kedai yang baru bukak ni. -_-"

Memikirkan mimpi-mimpi tu buat mood aku hilang. Entah kemana. Someone said, maybe "mood" tu pi main banana boat kat Pantai Cenang .. hahaha. Sengal betol.. mentang-mentang aku tengah bertapa kat Langkawi sekarang. ngeeee >_<"

Seriously takda mood langsung nak makan...... nak update stok barang.... nak update belog lagi lah.......pendek kata nak update apa-apa yang patut lah... huhuhu.... rasa something missing..... -_-" 

hmmm.. tu je lah. nak pi cari mood yang hilang tu....huhuhu~ takecare~

Friday, May 11, 2012

Tapi bukan aku....~

Assalamualaikum...

Hari ni penuh kontroversi.. hahhaha >_<"
Ramai lak yang wish congrats kat aku untuk wedding Disember nanti...
JAP-JAP !! BUKAN AKU SEBENARNYA.... hohohoho.. salah faham ja x_X"

Memang aku pi usha wedding dress.. dengan family.
Actually, untuk my gorgeous cousin ni ha.. hahaha.

Terkejut aku bila member dok terjah kat fb.. hahaha.. yang wish pon ramai gak.
Aku layankan je.. ngeeee >_<"

*ni salah satu post fb bff tersayang aku ... haha =p 


Kalau aku nak kawen confirm lah aku roger betol-betol.. hahaha. Aku baru 18, awal lagi kot... (*18 ke??? lalalala) Apa-apa pon, trimas lah pada yang mendoakan kebahagiaan aku... cewaaahh.. aku aminkan ja. hehhehehe =) Yang merajuk tu, sorry lah ok beb.. Bukan aku pon yang kawen.. hehe.

Dah-dah.. hopefully everything clear now ^_^" Tu je... babai. Nak tidoq..zzzZZZ~



p/s: daku kekenyangan makan beger kazen ni.. depan umah lak kannnn. Habis diet program aku... hahaha =p


Wednesday, May 9, 2012

Maybe its the best excuse..~

Assalamualaikum..




Lebih kurang seminggu dari sekarang, convocation UiTM akan berlangsung. And im not in the list lah kan. Turn aku next sem. huhuhu.. Aku happy tengok kawan-kawan aku. Nak grad dah diorang. Alhamdulillah =)




Dah bagitau diorang siap-siap yang aku busy. Alasan..hehe. Tapi betullah, memandangkan aku busy, maybe aku tak berkesempatan nak datang Shah Alam tengok diorang. Now dah kat Langkawi. Tolong business mama aku. So, banyak benda nak urus. Tengok lah macam mana nanti.






Mungkin kalau aku tak pegi sana ok jugak kot. Takdalah rosakkan mood or event diorang. haha. Malas nak sedih-sedih, touching bagai. Frankly, aku dah start sayang member-member aku ni. Even diorang bukan class batch real aku.









Ada lagi someone yang mesej aku soh datang konvo. Kawan jugak. Dulu memang aku beriya nak pegi, tumpang gembira sekali. Aku siap plan nak jadik cameragirl. haha. Tapi tu dulu. Sekarang, sama jugak . Aku takut kehadiran aku nanti rosakkan mood happy diorang. 


Dah lah. Malas nak fikir. Dah taip siap jadik entri, biar terperap kat dalam ni je. 
takecare~



p/s: Kadang-kadang yanag REMEH-TEMEH tu lah yang COMPLICATED sebenarnya..huhuhu




Tuesday, May 8, 2012

AKU & ContengConteng ^_^"

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, last Sunday @ PWTC.. tercapai jugak hasrat nak ke Majlis Pelancaran Siri Buku Conteng karya brader Fadhli Hamdan. Event start 11am till 12pm. Bermula dengan kata-kata aluan, seterusnya pelancaran buku oleh penerbit PTS, then barulah si penconteng muncul dan menyampaikan sepatah dua kata.. cewaahh.. terskema disitu.

Lepas je brader Fadhli bagi ucapan, event diteruskan dengan sesi soal jawab.. err.. kuiz sebenarnya. hahaha. Berkaitan dengan karya ContengConteng ni jugak lah. Yang aku perasan budak-budak kecik ramai je jawab kuiz ni. Segan lak nak join >_<" Err..lastly, aku dengan shy-shy cat nye terjawab jugak kuiz tu + dapatlah cenderahati dari PTS. =p Lepas tu barulah sesi pengumuman bagi pemenang Contest Conteng2 hari tu. Malangnya... daku tak dapat =( huhuhu. sedih bebbb..

daku menerima cenderahati dari penerbit

Frankly, aku tak kenal pon yang mana satu  la si penconteng ni kannn.. hahaha. Sampai je kat event, dok depan .. excited =p haha. Motif aku sebenarnya nak dapatkan sign ja.. untuk sahabat yang akan konvo 16 May nanti. Aku tak dapat pegi. So, aku bagi hadiah je. Dia jugak yang kenalkan aku dengan CONTENGCONTENG ni .. =)

yeahhh ! dapat autograf brader Fadhli & her wife sekali.. ^_^"





Gambar kenangan bersama family brader Fadhli & her wife.
*TQ akak baju biru.. bagi klu, menang kuiz tu.. opppzzz haha =p



ni lah dia si penconteng itu.. =p Fadhli Hamdan


yang gorgeous ni lak Kak Sheila , her wife ^_^"





Actually, aku dapat hadiah Contest tu.. rezeki, real winners tak datang. Brader Fadhli bagi je.. arigato ! >_<" ngeee~

TQ so much to PTS, brader Fadhli, kak Sheila, their family & lastly special tanx jugak kat Kak Mun-mun yang dah teman aku gi PWTC. Tak pasal-pasal jadik cameragirl =p TQVM ! 


ok. tu je. sekian... zzzz ZZZZ~ 

p/s: 3pm nanti fly ke Langkawi sudeh.. babai geng =)


Friday, May 4, 2012

Ingat lagi tak?

Assalamualaikum..

Salam Jumaat =)
Segak je aku tengok lelaki-lelaki malaya ni kemas berbaju Melayu. Heading to masjid lah, solat jumaat pulak kan. >> Intro takda kaitan dengan tajuk .. haha =p

Ok, back to the topic. Cerita pasal "Ingat lagi tak?"
Dulu aku ada sorang sahabat. Kemana aku pergi, selalu dia ada disisi. Kalau masing-masing tengah free lah. Takda kelas or tak kemana-mana. Mungkin dia bestfriend aku? Entah..kot. Dulu.. hoho.

Teringat dulu, impian aku nak ke Aussie. Brisbane jadik pilihan. Sebab, dulu kononnya nak further study dalam bidang yang aku amik ni. Ada kat University of Queensland, Brisbane. Haha. Masa tu berkobar-kobar semangat nak study. Minat pulak kan. Yang kawan ni pulak nak ke Amsterdam. Not sure apa sebab dia. Salji kot? kot la.. aku tak ingat sangat.

Tak kisahlah, tapi serius aku rindu lak dulu-dulu. Bila aku dah tak busy, mulalah minda melayang. Semua benda teringat balik. Buat aku sedih. *dah start daaaa.... hohoho~ Sebab tu bila kerja aku lebih suka fokus & menyibukkan diri sendiri. Tak sibuk pon, buat-buat sibuk. Err.. camna tu ? haha

Pada dia, Ingat lagi tak? semua tu.. saja tanya. huhu >_<"


p/s: start balik reading novel - I've Got your Number - by Sophie Kinsella.. 381 pages. Now dah page 234.. nak habiskan sampai secons last chapter. Yang last sekali, simpan time nak fly ke Langkawi nanti =p takdelah boring sorang-sorang..huhu

Thursday, May 3, 2012

Tolong fahami...~

Assalamualaikum..

Aku lebih suka menyendiri
Dari bergelar kekasih
Pada yang belum pasti aku miliki
Menyibukkan diri

Cuba abaikan cinta kasih
Dari empunya diri yang aku kenali

Persahabatan ini aku hargai
Jangan kotorkan dengan secebis zina hati
Yang kau sendiri sudah tahu dan pasti
Bukan sombong membangga diri
Tapi ku jaga maruah diri

Jika ada jodoh
Aku terima
Tapi mungkin bukan pada saat ini..
Terpulang pada ketentuan Ilahi..
Pada kau sang arjuna
Yang mungkin akan menjadi imam
pada diri ini
satu pintaku.....

Tolong...fahami..~

Wednesday, May 2, 2012

Really Disappointed -_-"

Assalamualaikum..

Hari ni aku emel balik company yang buat flyers untuk kedai kat Langkawi nanti. Kira follow up lah. Nak tahu jugak progress macam mana. Dah nak dekat dua minggu jugak aku tempah. Janji 5 hari boleh siap. huhuhu.

Last-last dapat feedback,
diorang tak buat apa pun lagi. Alasan yang diorang bagi - kena buat payment full dulu baru boleh siapkan design dan print sekali. - Aku menyirap gila baca emel tu. Kenapa lah kau tak inform awal-awal. Aku siap bagi contact no. aku sekali, inform apa je berkaitan flyers tu. Ni takda langsung -_-" Takda masalah pun nak minta deposit awal ke, bayaran full terus ke, janji benda tu siap. haissshh..

Aku terus CANCEL je terus. Malas nak berurusan dengan company yang entah pape. Tak serius langsung. Jaga lah sikit customer. Kalau camni, memang tak lekat lah customer kau.

Next, pasal sambung degree. Pergi BSN nak beli pin UPU. Sebabnya, aku nampak iklan kat paper pagi tadi. Tarikh tutup 25 May. Semangat pergi BSN, tup-tup akak kaunter tu kata dah TUTUP. Aku tercengang... errr.. biar betolll ? ok fine... takda rezeki. Tapi takkan nak tunggu tahun depan?? hoho.

Memang first choice aku untuk masuk interview Air Asia bulan Julai nanti, bidang aviation. Tapi kalau tak lepas, confirm2 lah mama soh masuk degree. hahaha >_<" nasib la... tengah dok pikir macam mana nak setlekan hal ni.

Aku try lah tanya sorang kawan ni pasal pin UPU tu. Dia siap gelak. Tak boleh ke at least serious sikit bila aku tanya. huhuhu. Lawak sangat ke? Kalau tak tahu, cakap je la terus. huhu. Bunyik macam aku yang sentap lebih kan.. hahaha. Tapi seriouslah, aku dok bingung, tetiba kawan buat camtu lak. dusshh2.. x_X"


Hari ni memang hari yang penuh kekecewaan... Nasib kau lah Natasyaaaaaa.... -_-"
Dah..tu je. Entri kecewa. THE END .




Tuesday, May 1, 2012

Superduper SIBUK... x_X"

Assalamualaikum..

Minggu yang busy.. baru aku tahu apa itu SIBUK yang superduper sibuk.
Bila kau buat satu task, tak sempat nak habiskan kau dapat lagi task baru. Busy Business totally different dengan busy masa aku study dulu.

Tambah dengan problem yang muncul, semua jadik berkecamuk -_-" dugaan betolll... x_X"
Time tu makan pon dah terabai, texting, facebooking, blogwalking semua aku tinggal. haha.

Baru aku tahu betapa susah & tabahnye lah mama aku. Sampai dia ada kat tahap sekarang ni. huhuhu.. Its not easy being a businesswomen... -_-"

Isnin lepas lori barang dah angkut semua barang untuk hantar ke kedai baru kat Plaza Langkawi.
So, next week aku automatically akan gerak ke sana. Sebab Mama kena balik Sabah. Then, inshaAllah akan ke Manilla kalau takda aral melintang. Tinggal lah daku sorang.. uhuk2 >_<"



Alhamdulillah, semuanya hampir settle. Hopefully dipermudahkan segala urusan =)
Oh ye, special tanx pada bloggers yang join segmen SPONTAN bersama Ben Ashaari hari tu..
Tanx singgah, follow & komen sekali ^_^" hehe.



p/s: yessss... dapat pi PWTC , nak jumpa brader Fadhli, CONTENGCONTENG ! hehe..