Yang Perrgghhh.... Klik weyhh :

Wednesday, April 25, 2012

Pancake a.k.a LEMPENG Omputeh >_<"

Assalamualaikum.. =)

Minum petang tadi , aku buat menu simple.. 
Milk Pancake + Honey topping (mama aku kata LEMPENG omputeh..hahaha)
& Horlicks panas untuk aku, Nescafe panas macam biasa untuk mama.

Selalunya orang buat pancake for breakfast. Aku lak? Buat minum petang.. lantaklah labu... ~ 
Simple je benda ni.. nah aku bagi resepi sekali.. cewahh.. >_<"


Bahan-bahan yang diperlukan:

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

1 biji telur
1 cawan susu segar 
3 sudu besar gula 
3 sudu besar mentega yang telah dicairkan



Cara nak buat lak :

1. Masukkan tepung gandum + baking powder tadi. Satukan hingga sebati.
2. Pecahkan telur, asingkan kuning telur. Pukul putih telur hingga kembang.
3. Masukkan kuning telur bersama susu dan gula. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan mentega cair dan susu yang telah dicampur tadi ke dalam tepung dan gaul sebati.
5. Lastly, masukkan putih telur ke dalam adunan tepung dan kacau.
6. Dah..tu je. dah boleh masukkan dalam pan (api sederhana) =p


Ni lah hasilnya.. taraaa :


Memang macam LEMPENG lah kannn.. api terkuat la pulak. hahaha
Aku letak topping madu je.. Depends on citarasa korang.
Letak topping coklat pon sedap beb.. nutella.. coki-coki.. ngeh3 =)

Cuba try test ah nanti. hehe >_<"


6 comments:

  1. huiyyooo... pancake tu... huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. ape gi uncle, gi ah try buat tok anak buah kat umah.. hahaha

    ReplyDelete
  3. tudiaa lempeng omputehh ..

    yg dekat mcd punye euu xdap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha =p taw ponn..
      try ah buat.. lagi sdap dr yg kat McD tu =)hehe

      Delete
  4. Wahhh, first time dengar ni. Nak cubalah LEMPENG ni, jangan kena lempang sudah ;)

    ReplyDelete
  5. uwaa.. its a pancake la.. haha =p sama ja mcm mama cha, pnggil lempeng.. ngee~ xdenye kene lempang.. hehe =)

    ReplyDelete