Yang Perrgghhh.... Klik weyhh :

Saturday, March 31, 2012

Orang kata - hati manusia cepat berubah

Assalamualaikum..

Someone talking bout him
Aku... buat bodoh.

Dia pernah confess satu masa dulu
Tapi aku minta..Berikan masa.
Bukannya reject , tapi menguji.
Sejauh mana kesabaran dan keihklasan diri menyayangi,
Tanpa ada status yang orang selalu banggakan . Boyfriend+Girlfriend.

Aku tak suka couple. Tapi aku suka kau.
Pemikiran aku , biarlah bila masing-masing dah sedia
Pegang komitmen. Jumpa saja mama ayah aku nanti.
Dia mengangguk. Dengan KONDIFEN kata setuju.

6 bulan pertama,
Dia masih yang aku kenal dulu. Still caring.
Masuk setahun dua.... dah mula jadik lain.
Maybe he found someone yang better than me. 
It's ok. Alhamdulillah.

Lama aku menyepi dari dunia FB.
Tapi hari ni tergerak untuk activate balik.
And...notice something. "In relationship with N****"
Owh.. so , betullah apa yang mereka cakap.

Aku frust. Kejap je. Kawan kata aku jealous.
Sikitlaa.. tipu kalau aku kata tak.
Tapi bila fikir balik , aku tak rugi apa pun.
Kalau dia tak dapat bertahan , setia untuk satu jangka masa.
Macam mana masa depan nanti. Lagi complicated. Kot....


So, just move on..dear me, jangan terlalu berharap. Sebab...
orang kata - hati manusia cepat berubah.


p/s: earth hour weyh... *_*"




Belog dan Fesbuk >_<"

Assalamualaikum..

31/3/2012
Active balik FB aku.
Segala FB hantu raya , minah/mamat psycho, serigala jadian
dah kene BLOCK. hohohoho >_<"







   Siapa yang rajin nak usha FB aku , 

sila tekan pic kat sebelah ni ..


terus link ke FB aku. 
Nama sama je - 

Natasya Naslin   a_a"





Belog macam biasa.. still on .
Btw, ada tak cara nak BLOCK bloggers yang menggila attack belog orang lain ? 
Kalau ada kan bagus. . . -_-" 


Kalau korang perasan , profile pic FB aku ni lebih kurang je dengan header belog aku . 
Bukan ape , senang korang nak cari .. hahhaa 
*malas sebenarnya nak letak pic lain... lalala ~ 




Aku activekan balik FB coz , aku rasa rugi je lost connection dengan orang lain 
gara-gara someone psycho. ngeeeee =/ 

So, thats it. Mulakan hidup baru yang ceria ! 
yeay ^_^" hehehe

Friday, March 30, 2012

This feeling.. -_-"

Assalamualaikum


Have u ever got this feeling -_-" ?


When u're tired waiting for something..or..someone,
the feeling of hate suddenly 
becomes greater than worry ...






p/s: waiting for someone.. mungkin dia terlupa.. nevermind .. ~

A+ ... tercapai ke??

Assalamualaikum..

Aku keluar dari dewan EXAM pukul 10.30 pagi tadi. On time.
Member-member lain semua keluar awal , tinggal aku si skema
yang dok terperuk dalam dewan exam. Kononnye menunggu ilham turun dari otak.
*Bukan dari langit okeh.

Otak dah capai tahap beku , dah pakai sweater pon still sejuk lagi -_-"
Belek-belek kertas soalan. NICE........ pastu , tetiba terSENTAP =/
Ada topik sengal yang tak pernah aku jumpa kat dalam notes !!
uurrghhh,,, terus tension sorang-sorang.

Aku gagahkan jugak menaip , ehhh.. menulis *ingat blog nak taip-taip ?? haha
Tapi still TAK PUAS HATI !! 20marks tu... memang aku jawab guna common sense lah
kannn.. Haisshh..

Keluar dari dewan exam , mula terbayang ..
A+ melambai-lambai .. aku cuba tarik... tapi makin menjauh ... oh tidakkk... x_X"






Lastly , terjumpa member yang keluar awal tadi.
Dia pon kebingungan , ketensenan, keserabutan dan yang sama waktu dengannya.
Mula bagi idea mengarut.


Nasib ada satu idea yang boleh pakai ,
ambil test lagi sekali untuk topup markah. Agak-agak lecturer aku bagi ke?? haha.


So, tunggu dan lihat.



                                      

                                                                                     kononnye happy >_<"



p/s: balik je terus gi McD.. kebuloq .. ditemani senior kecik sorang ni, Aliya yang turut sama kebuloq =p then teman dia gi SACC Mall usha2 fon sekali...~



Thursday, March 29, 2012

Kertas itu >_<"

Assalamualaikum..

30/03/2012
Jumaat
8.30am - 10.30am

Paper last aku sepanjang bergelar
 student UiTM Shah Alam ni x_X"

Wish me luck wahai 
family tercinta, lecturer-lecturer, geng-geng , member- member, 
sahabat - sahabat, blogger - blogger , semualah..

**errr... otak pon wish sekali ??


Doakan otak tak beku esok,
tenang je menghadap KERTAS ITU, 
lantas dengan lancarnye menjawab soalan-soalan..... =)

ni target aku.... seriously... -_-"
LAST ni weyhhh...hopefully gempak lah kan .. ngeeee~ 


OK.Cukup.Sambung Study..pastu sTIDO >_<"

Biarkan..~

Assalamualaikum..

Semalam,
Sesuatu yang tak terduga jadi.
Don't worry ,
Kaki Tangan tak sampai kat muka sapa-sapa pon.

Cuma face to face,
Cuba berterus terang tentang masalah.
Dia jerit - jerit , marah - marah,
Aku.. trying hardly to be cool & relax as possible.

Even ada satu masa tu ,
Aku rasa dia dah melampau ,
HATI dah PANAS ,
Nasib OTAK dapat berfikir WARAS lagi.

KEMARAHAN aku REDA sendiri bila..
Aku tengok dia macam tu ,
And dengar kata-kata someone yang ada pada masa tu.

So, aku rasa biarkan je la.....
Kalau aku layan , aku yang tension sorang..
Tak pasal-pasal jadik tak betol kang >_<"



Bangun pagi tadi ..
Alhamdulillah.. tenang sikit.. >_<"


........................................................................................................................................

p/s: andai kata aku kaya satu hari nanti , jangan biarkan hati aku terpesong , jangan biarkan aku lalai , kekalkan kebahagiaan family , kekalkan jugak silaturrahim antara aku dan mereka..







Wednesday, March 28, 2012

Untuk si Anonymous - "GY Co"

Assalamualaikum .. 

Kak Sara Lawa jadik followers ke 290 ! cewaahh.. =p 
Miz sesibur , tahniah =) hahaha .. even takde hadiah .. 

Dalam ke-HAPPY-an aku tuh , 
tetiba... tersentap.... dengan kemunculan komen blogger dari planet mane aku tak taw..



Lepas deactivate FB , ingatkan dunia aku aman la sikit kan.
Tak sangka lak kat BLOG pon kena ganggu jugak. x_X"


Untuk yang first komen ni , 
aku boleh lepak-lepak.. gelak-gelak..



Untuk yang second comment ni .. dah tak sedap hati dah.
Ni mesti someone yang aku kenal... $%&(&$@$%%D# 


Untuk yang last ni , aku tak tuduh sapa-sapa.
Mungkin "DIA" , dan mungkin jugak orang lain.


Korang doa-doakanlah supaya KAKI TANGAN aku tak sampai kat MUKA "DIA" ni kay..
Sebab.. aku rasa level kesabaran aku macam dah melebihi HAD.


sapepon kau wahai GY Co. , 
tolonglah jangan nak merepek merapu mengarut meroyan kat blog aku . 
ENOUGH !




p/s: aku kena S A B A R ..... S A B A R ..............dan S A B A R ...............................~ 







Yang tak seberapa Wordless Wednesday >_<"

Assalamualaikum..

Hari ni nak amik mama kat airport subang,
She was from Alor Star.. jalan-jalan, merayau-rayau, cari-mencari
dan yang sama waktu dengannya...
(something bout business actually ~)

Semalam book ticket firefly , memandangkan tu yang termurah.. haha
Lagipun bonda sayang tak selesa naik bas. Mabuk darat katanya...
*mabuk udara tak ke ma? hehe



Dengan KONDIFEN nye , aku inform mama dah beli tiket murah. 
Alih-alih mama kata , yang murahnya BEFORE kene TAX & all the SERVICES ... 

huahuahua x_X" dah ter-BOOK.. takleh watpe da.. 
lalalala a_a"






p/s: ditemani Encik Gumok dan Kak Sara Lawa lagi sekali =) arigato ~






Menjelang 12AM - 28 Mac


Assalamualaikum..


Otak beku
study punye study .. tetiba blank.
Amik fon , mesej sir tanya soklan. 
*sorry la sir, disturb malam-malam buta.. hahaha 
Sesungguhnya , 
anak muridmu serius nak dapatkan
 A+ kali ni ... 








Lastly, keluar bilik konon nak amik fresh air .. hehehe
Pastu member ajak gi terjah bilik Junior sorang ni. 
Birthday girl pulak kan,, 28 Mac 2012 =)
Nama dia AINI .. 




Memandangkan tak sedia apa pon untuk prank dia , 
Maka , daku dan Kak Sara Lawa just wish birthday & ask her skuad to join sekali.

Suasana blok yang sunyi sepi, 
meriah dengan tiba2 oleh
Nyanyian hangit skuad sengal dia, wish2 birthday, pelok sana sini, 
& siap ada yg wish guna bahasa cina. 
*saje je kenakan.. hehe









Oleh yang demikian , 
menangis dengan terharunye lah si Aini ni. 
Jambu betol lah .. hahaha >_<"

Lagi sekali , happy birthday lah wahai dak AINI ^_^"
Semoga dipanjangkan umur , bertambah iman & taqwa,
berjaya dunia akhirat... aminn~ =)

..............................................................................................................................................








p/s : dah.. tu je. Nak tidoq da... zzzZZZZ 

Tuesday, March 27, 2012

Redha...bukan Pasrah

Assalamualaikum

Semalam dengan eksaitednya
Nak perabih baucer yang tinggal sekeping ni

Bertiga.
Ditemani Kak Sara Lawa & Cik Farah Alwardah ^_^"
Singgah makan dulu kat Ani Sup Utara
*Cik Farah mengidam nak makan sup-sup lak .. Oppzz >_<"






 si baju hijau ~
 Kak Sara Lawa

yang si purple lak ~
Cik Farah Alwardah












Menu : 

++ Air Bandung ,  Milo Ais Tabur, 
Set nasi / sambal/ telur masin,
Begedil 


Bllurrrpp... opzzz.. Alhamdulillah =)






Dah setle melantak, gerak ke SACC MALL. Nak serang MPH. hehehe.
EKSAITED..last vouchers =)
Menuju ke rak buku / novel - ok, dapat dah apa yang diidamkan.
Pegi kaunter , dengan KONDIFEN nye bagi baucer...

then akak tu berkata 
"Ala.. koyak lah dik. Kami tak terima , consider damage. 
Sorry ye."


*korang nampak tak ?? sikit je kan...kene REJECT sudaaa... huhuhuhu . SENTAP =( 


Maka , daku pergi membawa diri. Kembalikan semula segala buku itu ke tempat asalnya.. 
Takpe , daku REDHA. Namun tidak bermakna daku PASRAH.... Oleh yang demikian , 
akan daku ushakan mencari kedai-kedai buku lain yang sudi menerima baucer ku seadanya...... 
*errkkk..luahan hati kah ini?? hahaha*


OK. ENOUGH. BALIK !!  -_-"

ehhh.. Farah ajak singgah secrete recipe......
singgah jap untuk mengubati hati yang hampa dan kecewa ini..




Ermmm... happy sikit. 
Relax sudah... Esok cari kedai buku lain lak =p hahaha

-to be continue...-

"sayang" kau wireless !!

Assalamualaikum.

Balik dari makan , jalan , window shopping. Bertiga.
Bukak lappy. Buat entri , buh gambar bagai.

Dah nak siap... Tetiba........."No internet Access"
Tadi elok laju je.... damnnn -_-" Tak menyempat nak save .

Broadband tak bawak. Guna wireless jek >_<"
"Sayang" kau wireless.......... urrrghh....

Err. Tu je.
Esok je sambung. Zzzzzzz....~

Monday, March 26, 2012

I miss her..

Assalamualaikum..







I miss her
who used to be my bestfriends
the 1 i care the most like my own sis
sob..sob..

something bad happen and..
hubungan jadik renggang
start dari detik saat minit jam itu
semua berubah.. 





tu la prob nye dengan girls ni
nak jugak bff la.. bestfriend la.. besties la..
jadik cam guys kan senang
kawan ramai
lepak sama-sama
takyah care sangat pasal kawan tu
*sukati cha je.. haha

tapi tu lah.. bila kita care sangat pasal someone,
and tetiba ada konflik yang...hmmm.
the one yang akan hurt the most, diri sendiri la..
tak kira lah, sahabat , or lebih dari sahabat ..
bf or gf , tunang ke.. suami ke .. *erkk..terlebih sudehhh.. =p

bila dah baik , dah clear..
macam mana cara sekalipun nak buat keadaan jadik macam dulu
jawapannya : USELESS
sebab apa..? sebab.. things change. So, kena terima REALITI.
Walaupun sedih mana , rindu mana pon.. Just.. REDHA.


Now, cha lebih suka untuk berkawan..
Tak kisahlah sape pon. Just, BERKAWAN. TAPI :
takyah rapat sangat 
takyah nak care sangat
takyah sibuk nak ambil tahu sangat
Masing-masing ada hidup sendiri kan.. =)





By the way,
ada someone cuba mengetuk pintu hati..
ceewaahh.. Yela , tahun ni dah nak masuk 22 tahun.... (still tak percaya -_-")
Tapi..hati masih kosong.
wawawawa..




p/s: patut ke dibuka pintu hati itu .. haha =p

Sunday, March 25, 2012

Kau hanya mampu pandang dan gelak ... -_-" mana solusi?

Assalamualaikum ..

Duduk di satu sudut
Memerhati perangai dan tingkah lakunya
Seperti hilang akalnya
Berlari -lari anak kehulu - kehilir
Mulutnya pantas berbicara seperti dunia ini, dia empunya
Tebal lapisan bajunya seperti Bumi Malaysia ini
Dikurniakan salji hendaknya, ketika mentari tegak di atas kepala

Mereka tertawa
Diri ini tergelak sama
Mereka mula mempertikai
Mana kewarasan tiap bicara dan pergerakan

Tapi jahil terasa
Itukah saja yang mampu dilakukan?
Tidakkah terlintas mencari solusi?

Terdetik dek akal
Hantar saja dia ke tempat sepatutnya
Ditempat yang dapat merawat JIWA, ROHANI dan AKALNYA
Yang dapat sedarkan dia untuk menerima tiap kenyataan duniawi

Tapi itu cuma apa yang terfikir difikiran
Tak terluah
Tak termampu   -_-"

..................................................................................................................................................

p/s: sekadar nukilan hati di malam hari... perkara yang membelenggu akal fikiran cha. apa korang buat bila korang ada masalah dengan seseorang . kawan ? mungkin. yang selalu mengganggu hidup 
korang. 


sebab... dia rasa lonely , masalah family, and macam - macam lagi masalah . ..dan bila dia dah tak mampu menilai mana yang baik , mana yang buruk..................??~

Biar Akal Jalankan Tugas =)

Assalamualaikum ..

AHAD
TER-Join training ROTU AIRFORCE
Cadang tak nak munculkan diri
Tapi.... hati insist nak pergi jugak .
Hati bisik, mungkin ada sesuatu ....
Perkara Baik ATAU buruk?
Tawakkal je

Ramai cha jumpa hari ni
Ada yang GEMBIRA
Ada yang GELISAH
Tentang kehadiran mengejut cha ke sini

Even diri sendiri terkejut
Lihat beberapa orang yang muncul hari ni
Ada yang buat DIRI ni tersenyum
Ada yang buat HATI ni panas membara
Ada yang buat FIKIRAN ni entah melayang kemana

Apa pun ,
Chill kan diri sendiri
Positif-positif
Taknak lagi HATI mengarah diri
Biarkan AKAL saja yang jalankan tugas

Hopefully
Semuanya berjalan lancar je
InshaAllah~


p/s: Ahad korang macam mana ? =) 


.....................................................................................................................................




*sakit perut ... spoil betol lah..
tak habis makan "pecel lele" (nama lain- ayam penyet kot =p) 
kat Padang Jawa tadi .. huhuhu~

Friday, March 23, 2012

Pendam = Sakit Jiwa -_-" , Luah = Lega.. Alhamdulillah ^_^"

Assalamualaikum..

Sometimes ada perkara yang kita TAK DAPAT luahkan
Or, ada perkara yang kita MEMANG nak luah
tapi.. tak berkesempatan / tak tahu nak luah kat sape







Tapi bila masalah tu bertambah kronik ,
PENDAM = SAKIT JIWA
sorang - sorang
urrghhhhh... 
seriously... MENTAL DOWN  -_-"






Kadang - kadang, lebih baik untuk kita luahkan sesuatu 
yang membebankan otak kita
LUAH = ALHAMDULILLAH
even sometimes tak jumpa penyelesaian , 
but at least, lega sikit..release la jugak tension..








kat sinilah jugak , peranan SAHABAT tu diperlukan. 
Sebagai pendengar dan pemberi nasihat if possible.. =') 
*makesure nasihat yang leh pakai lah.. haha =p



yang penting , BE POSITIVE !! 

.......................................................................................................


OK.. tu je. hehehe..

Oh yaaa..

~esok bermulanya kelas memandu .... ngeeee......... >_<"
wish me luck lah ye... =p 

p/s: takecare =)



Thursday, March 22, 2012

Baru . Simple . Positive !

Assalamualaikum...

22/3/2012
Dengan rasminya cha tukar header blog .... haha =p
SIMPLE je. hehehe
Lebih kurang je macam yang lama. 

And secara rasminya jugak , 
mula membahasakan diri dari "AKU" kepada my short nickname "CHA" ..

Saja.. and rasanya lebih polite kan =)
Demi orang yang kita sayang, dan orang yang sayang kita .. 
faham ? haha


POSITIVE ! POSITIVE ! POSITIVE ! 
yeahhh ! haha


Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
So, mulai hari ni dan hari-hari mendatang...
Akan ku tempuh dengan penuh semangat ! 

Amek kau...berkobar-kobar haaa.. haha
(penat weyh kalau asyik fikir masalah and benda-benda yang tak mendatangkan faedah !! -_-" )

Okeh.. ada test sebenarnya Khamis, 8pm.
Wish me luck kay ^_^"

tu je nak inform pon.... daaaa~ takecare ! 

Tuesday, March 20, 2012

Trying to FORGIVE & FORGET



Assalamualaikum..


Seminggu tak online
Mencari ketenangan..

Novel "Remember Me" dah habis baca. Now..proceed with "I've Got Your Number" .. both by Sophie Kinsella.. =)

*sambil minum ho..ho..horlicks =p






Al-kisah..

1 week yang full dengan kontroversi
Diganggu dengan SMS & CALL
Yang bukan-bukan
"Betrayer , Psycho, Pathetic, Liar........etc "
AM I ???

Sehari lepas tu,
She apologies for what she had done
OK lah. Just forgive her. *at the same time trying hardly to FORGET -_-"
Hopefully dah tak kena ganggu dah.
Seriously sakit hati. Hati kata SABAR....huhuhu

SEDIH. Because of her,
Gaduh dengan sahabat sorang ni.
Silap aku serang dia tanpa usul periksa. =(
Alhamdulillah, dah ok sikit sekarang... kot.. huhu.








tengah serabut tu,
tangan laju je capai coklat dekat dengan kaunter nak bayar...

*actually i was with my sis, kat one of supermarket.. teman dia beli barang rumah.. hoho.

LETIH fikirkan benda yang tak bawak apa kebaikan langsung..... grrrr,,,,






Dalam HIDUP, kita kena TERIMA KENYATAAN,


tentang apa pun yang berlaku, 
SEMUA berubah.

Ikut MASA dan KEADAAN. tolong SEDAR dan FAHAM tu..

-REDHA-

Thursday, March 15, 2012

Outstation -Langkawi =)

Assalamualaikum..

Heading to LANGKAWI again =)

weehehehe..
Tengah bersiap

Outstation sambil cuci mata
lalala =p

Pergi balik je.
Naik feri =)

k.tu je. bai >_<"

Tuesday, March 13, 2012

Inhale LOVE - Exhale HATE

Assalamualaikum..

Lama aku fikir..
makan hati.. pendam perasaan.. sedih, 
TOTALLY USELESS -_-"


Buang EGO.
Appreciate FRIENDSHIP..
that makes me feel better..



Buat aku lebih menghargai
orang-orang penting dalam hidup aku... =)



Alhamdulillah Ya Allah ^_^"



a k u   s a y a n g   d i a . .  k a m u . .  d a n   m e r e k a  =)



*vanilla coklat & bff last episode... happy ending... =)

Lalala ^_^"

Assalamualaikum...

Dah settle urusan kat Pejabat Mara Negeri.
Alhamdulillah. =)
Then ronda-ronda Alor Star...

Terlajak ke Jitra,
Baru ja mengarut semalam.
Last-last pegi jugak =p

ermmm... happy hari ni... =p

lalalala ~ 
sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku...
terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.. =P

*gambaq, malam sat gi aku upload..ni nak kuar ronda-ronda lagi..
takecare yaw ! =p

Monday, March 12, 2012

Mengarut before tidoq ~

Assalamualaikum...

Lepak depan tv. Borak-borak. Supper.
Mak Su bancuh nescafe, and hidang roti .

Godek-godek google maps,
tetiba jari ni tertaip "taman tunku sarina"
kat Jitra rasanya. If tak silap lah.

Aku tak tahu kat mana tempat tu.
Tak pernah pegi pon.
Tapi aku rasa tu area rumah........ kawan ....
kot. Saje search. hohoho.

erm.. tengah search tu,
tetiba yuna nyanyi..
terukir di bintang.
*message tone sebenarnya..haha=p

bukak inbox.
someone message.
~tanya nape senyap..?

unfortunately...aku takdak kedit lak.
Kebetulan. Bukan taknak reply.
Sorry  -_-"



Abaikan je la..............hohoho.
dah..nak tidoq....~ zzzZZZZ

Hijaunya..... =)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah selamat sampai Alor Star =)
heheehe..

Now dah kat rumah Pak Su kat area Pantai Johor.
Bukan kat Johor ek.. =p

Tadi awal-awal gerak, kereta wat hal. Gear tak masuk, mama dah gabra.
hahaha. Sikit lagi cancel perjalanan. Lastly, nasib baiklah semuanya ok.
Perjalanan ok je, smooth. Just hujan lebat di beberapa tempat. Cuak gak >_<"

Dah nak dekat sampai, bendang kiri kanan... Sawah padi menghijau.
Sejuk mata memandang.... huehuehue ^_^"

Rest dulu hari ni. Esok baru berurusan dengan Pajabat Mara.
Hopefully dipermudahkan segala urusan. Ada rezeki, new branch of DYNASLINDA EMPIRE
will be at Plaza Langkawi. InshaAllah.. =)

Pak Su pulak bagi cadangan bukak cawangan lagi kat Alor Star jugak.
So, esok kita round cari peluang & survey tempat sekali.
"Sambil diving, minum water *apekah?? haha

Ok lah. Tu je.
Kang next entri update masuk gambar yang best-best kat Alor Star ni kay =)

Sunday, March 11, 2012

Alor Star - Naik bas ke Drive??

Assalamualaikum..

Esok nak ke Alor Star. From Klang - Shah Alam.
So, was thinking, better naik bas je or drive?? huahuahua..

Tak pernah drive pegi Alor Star. Selalu terbang je, singgah Langkawi terus. haha
*tiket free pulak kan..

So, aku godek-godek Encik Google Maps. Ada 3D, baru tahu.. haha. Kira macam GPS laa..
Clear sikit aku nak tengok jalan-jalan yang patut ditempuh.  haha



Hopefully tak sesat la yeee.. haha.
Yang ni pulak kononnya bila dah sampai Alor Star.. 



Selalu jadik penumpang jek. Kali ni pegi dengan mama.
Ada hal business sikit. hehe. Lokasi kedai kat Langkawi, tapi alkisahnya, 
berurusan kat main office Alor Star.
So, pegi Alor Star je la..


Conclusion-nya, naik kete lah jawabnya. Encik Google Maps kata around 5hours 25minutes arrives @ Alor Star. Tapi kalau mama & aku yang bawak... agak-agak 7 8 jam kot. hahaha

Apa-apa pon, doakan keselamatan perjalanan kami OK , >_<" 

Oh yaa.. kete manual...hohoho. 
hopefully tak jeemmm.... ngeeeee =p


Otak . dan . Pemikiran

Assalamualaikum..

Dunia FB - Merehatkan otak dan badan dari dunia alam maya. Oh yaa.. FB pon dah deactivate, 
maybe untuk seketika. Maybe selamanya. Don't know.. haha. Tapi aku rasa sangatlah heaven gila, 
tak perlu sibuk nak godek latest news feed yang berterabur kat FB tu. Apa yang orang sibuk nak komen, 
or sapa yang dah couple, in-relationshit or what ever it is lah, status hangat or hangit. 
Kejadah semua tu. 

Mungkin ke aku akan LOST CONTACT dengan member-member FB? Entah. Pandai-pandailah dorang cari kalau aku ni still kawan dorang. haha. Bukan melarikan diri, cuma mencari ruang dan waktu untuk memperbaiki diri. Tetiba terasa, dah banyak susahkan orang sekeliling, tak kisahlah dalam bentuk apa sekalipun. So, maaf ye kawan. Aku sayang korang sangat-sangat... tapi...aku rasa hati aku dah hancur kot. Atas sebab-sebab tertentu. Tu je aku mampu cakap. Ok, dah. ~

Emel pon dah 7000 lebih yang dah terdelete. Semuanya pasal FB. ok fine. Another 2000 left. 
Ada sesapa nak tolong delete those emel?? haha. My mistake yang allowed notif ke emel. lalalala >_<"
Sekarang tak dah. hahaha. 



Dunia blogging - Aku rindu BW blog orang. Terjah sana.. komen sini.. follow sana.. follow sini. 
Takpe. Slow-slow. Memandangkan aku baru je baik *demam & sebagainya* ngeee ~ 
Alasan semua itu... hehe.


Terfikir - 2 3 hari ni aku asyik terfikir. Adakah aku ni anak yang baik? huhhuhu. Mula terfikir, umur dah nak masuk 22 tahun ni *still can't belive it !!!* (seriously.. rasa macam budak - budak lagi) Tapi apa je yang aku dah bagi or banggakan parents aku. hmmm.. tetiba hati kata "follow je apa yang mama ayah nak. Selagi parents masih ada ni, ni la peluang. Kerja kat company mama ke. Besarkan family business ni, terkenal seantero dunia, then let them perform Umrah & Haj"

Tapi.... Ilmu belum cukup di dada.. huhuhu. Dulu cara dan pemikiran aku mungkin lebih pada diri aku sendiri, masa depan aku, semua tentang aku. Baru perasan *agak selfish di situ ye*. Tapi aku pun macam orang lain yang ada cita - cita. Tapi aku rasa, aku patut KUBURKAN je cita - cita tu... huhuhu. Demi family aku. hmmm... entah laa..


EXAM - Errmm.. 30 Mac ni aku akan menghadap paper yang sangat senang bagi aku,
tapi tersangat lah susah lecturer nak bagi lepas. hahahaha. Sebab.. No KOMEN. haha.
Doakan lah aku lepas paper ni ok. TQ =p hehe

Entri kali ni, penuh dengan huruf je. Haha.
Yang baca dengan sepenuh hati , terima kasih lah ye,, =)
Next week outstation ke Alor Star. Business mariiii... hehe.

Tu je lah dulu. daaaa~







Tuesday, March 6, 2012

Patut ke aku Deactivate FB ?

Assalamualaikum..

FB
Banyak benda yang jadik

Dari kawan jadi lawan
Dari tak tahu jadi tahu
Dari gembira jadi sedih

& vice versa

Tadi aku baru je UNFRIEND beberapa orang
Reason ,
taknak diri hadir untuk menyusahkan
ATAU menyakitkan hati mana-mana pihak..

Pastu terfikir, ramai sangat nak UNFRIEND & REMOVE
baik aku deactivate terus.... -_-"
Adil untuk semua.. kot...
FOKUS pada dunia blogging


Mungkin aku agak emo semenjak dua menjak ni
Disebabkan hal *mistik* yang baru je settle semalam
Alhamdulillah, perubatan Islam + pertolongan & rahmat Allah swt.


hmmm...
so, patut ke?
huhu

BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU

KLIK BANNER - JOIN SEGMEN


Assalamualaikum ... =) 
Second time Join segmen brader Ben Ashaari ni =p


So, kenapa blog aku perlu dikritik?

Sebab, aku perlukan kritikan2 bernas korang tu untuk aku perbaiki 
mana2 kekurangan yang ada pada blog aku ni.


OK, tu je wahai si Gorgeous & si Handsome sekalian
Sekian. Terima Kasih 


*skema di situ ..lalala






Kenapa Aku tak Hapdet ... >_<"

Assalamualaikum..

Aku rasa baru sehari dua aku tak hapdet ha...
Dah ada member blogger yg bertanya
Hihihi =) TQ la ye...
*dalam hati ~ waaa.. ada jugak yg sudi membaca.. wink2 >_<"


nak promote belog mamat ni jap :

Untuk pengetahuan korang, Mr.Clive ni ada 2 belog.. ngee ~ 



2 2 aku follow.. sebab, takde sebab. haha..

sebab best kot. =) 

...................................................................................................................


So, back to the topic.. 
KENAPA MENGAPA BAGAIMANA aku tak HAPDET BELOG??

Sebab aku tak sihat sangat. 
Pergi berubat , salah satu perubatan Islam.

Malas nak bagitahu situasi sebenar =( sebak sebenarnya..
Semuanya pasal seorang sahabat yang aku sayang dulu , pernah jadi bestfriend..
Dah lama kenal dari zaman sekolah. Tapi ada hal, dia buat something serius. 
And , thats it. We're over.

Dia hantar *benda* untuk musnahkan hidup aku... ermm, cane nak cakap..
Camtula... then, aku dgn mama ikhtiar berubat cara Islam. Terkejut gak la, 
tak expect langsung kot..................... -_-" hmmm.... tak sangka sanggup dia ... =(


Aku tak berdendam.... cuma aku sedih & kesal gila dgn dia.
Takpelah , semoga Allah bukakan hati dia untuk berubah.
Insaflah kawan... actually aku sayang kau, tapi kau buat camni kat aku....... 

Dah lah. tu je.... hmm...
Jumpa lagi kat entri yang happy2, takmo yg sedih2 lagi camni ... >_<"








Sunday, March 4, 2012

Ladies-Lepaking-Damansara

Assalamualaikum... =)

*Sabtu punye cerita..haha~
Lepas jumpa lecturer, aku blah. Ingat nak balik terus..
Tak jadik. Dak ladies aku ajak jumpa, hangout sama.
Ok gak. Lama tak lepak sama. Kitorang ber-4 je.. =)








Lokasi pertama. 


Isi minyak .. ehhh... ISI PERUT jap kat IKEA Food Court.








Pasta .... yang x habes makan...
*hoho.. muak sebenarnya. banyak sangat >_<"


*+mushroom soup pon sodapp.. =p






OK. Ini lah Meatball IKEA yang katanya marvellous sangat tu.. hehe.

Ok la..sedap. =) kalau tak OK, takkan licin lah kan... hahaha










4 Orang Ladies yang Gorgeous  :  *kat sini 3 je ... hahaha

(nak kenal klik pic untuk terjah FB dorang ney )


Lepas melantak... tetiba  m u l u t  aku bersuara...
"Jom tengok movie ? " 
hahahha





So decide pegi GSC 1 Utama - ni tengah beratur beli popcorn... ehhh, 
beli tiket wayang ...


movie pilihan - 

CINTA KURA-KURA (MLY)THE DEVIL INSIDE
THIS MEANS WAR 

kitorang pilih THE DEVIL INSIDE. Ingat nak tengok 
THIS MEANS WAR, tak jadik. Tinggal seat kat depan sekali...takmaw2..

*keluar dari hall, aku dah pening2... rasa macam nak meletup jantung, coz banyak scene yang
mengejut / horror / banyak darah2 .... 
errrr... aku tak suka...darah....kot...pening aku tengok... -_-"


dah tu je.
aku nak pegi tolong member kat dapur... konon nak masak TOMYAM .. hahaha







Friday, March 2, 2012

Hari Yang Sejuk ? =)

Assalamualaikum..

Hari ni merantau. Menumpang kasih .. eh, tumpang tidur kat rumah kawan. KL.
Demi ILMU. Esok ada kelas.. Combine dengan abang-abang polis. Geng PJJ
SEJUK mata memandang esok..Hopefully la.. haha =p

Hari ni jugak, dapat sikit elaun. Tak terduga. Alhamdulillah. Dari ayah sayang..
Lama tak minta duit, *segan sebenarnya. >_<" Terima Kasih Ayahanda.
SEJUK sikit hati ni. Ada la duit sikit nak beli barang keperluan, *& jalan kemana-mana...hoho.

Hampir sepanjang hari mendung dan hujan. Sekejap ada, sekejap takde.
And yang takleh blah, masa melintas jalan ada sekor kereta .. ehh, sebuah kereta ni.
Laju dia bawak, time tu ada lopak air... & ZAAASSSSSzzzzz.. agak-agak ?
Basah lah baju dek terkena percikan air ituuu..SEJUK badan haaa...

Lastly, makan eskim malam-malam buta sambil tengok citer Surrogates @ TV3.... lalala.. dah tengok , tapi saja.. nak feel tengok movie depan TV, *macam rumah sendiri lak .. >_<"btw, SEJUK mulut.. hahaha =p

Thursday, March 1, 2012

Teringat~

Assalamualaikum...


Aku rindu dia.. kamu..mereka..
Dulu - dulu...

Aku baca mesej lama -lama..
Aku nak delete..
Sayang..

Time kita 
happy..sedih..marah
But still.. sama -sama..

Aku ada dia..kamu..mereka..
Dan 
kamu ada aku.

k.a.w.a.n

Segmen: "Tambah Follower Sampai Pengsan"


HOT SEGMEN!!

dari blog si Gorgeous Lezza =p

*KLIK BANNER NI UNTUK JOIN SEGMEN*

Frankly,
Ni 2nd SEGMEN yang aku join semenjak TERjebak dengan DUNIA BLOGGING >_<"
hehehe


So, wahai si Gorgeous Lezza .. TQ buat segmen yang simple ni...
 coz aku payah sikit nak join segmen2 ni.

TAPI.... yang ni...
TAK DAPAT NAK TOLAK... haha ^_^"

Sebab aku memang kaki 
TERJAH BLOG / SUKA SUKI MEM-FOLLOW2 / PENGKOMEN TEGAR


So, readers... meh JOIN & SOKONG segmen si Gorgeous Lezza ni
sambil2 MENAMBAH KENALAN SESAMA BLOGGERS >_<"



p/s: kemain besar dah aku letak banner tu.... 
ape tunggu lagi ? haha



Rahsia . Secret . Mingkret

Assalamualaikum...


Dalam hidup seseorang, Mesti ada terselit sesuatu. Yang dipanggil "RAHSIA" . Anything...
Sama macam aku. RAHSIA tentang aku . Apa-apa je secret mingkret...

Mungkin ada yang terbuka ceritera RAHSIA tu
Pada orang-orang yang aku letakkan
Tinggi Nilai Kepercayaan Aku

Ada yang  sia-siakan
Ada yang dengki
Ada yang jujur
Ada yang pegang pada janjinya

Untuk tu semua, Terima Kasih.

Aku tak pegang remote control. Yang boleh tekan button MUTE
Pastikan mereka Remain Silent. Tak buka cerita atau bocorkan rahsia.
Nonsense kan.. So, Just let them be whatever they want.

Aku sedar. Aku bukanlah Ustazah. Bukan juga Penceramah.
Sekadar menaip. Sebagai seorang hamba Allah, as a family ataupun kawan.
So, bagi yang tahu ataupun baru cuba untuk memahami hak persaudaraan.
Dia akan tahu. Menjaga lidahnya. Menutup aib sahabatnya.

Pandai-pandailah.



Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa menutup rahsia saudaranya, nescaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan di akhirat.”


________________________________________________________________________________



p/s: pengajaran untuk diri aku, orang2 yang aku sayang & orang2 yang sayang aku... >_<"