Yang Perrgghhh.... Klik weyhh :

Sunday, October 28, 2012

Untuk Dia, -Fatin Liyana- =)

Assalamualaikum...
Salam AidilAdha ^_^"



Dalam kesibukan aku menyelesaikan hal syarikat
*macam CEO lak rasa... huahuahua :D
Syarikat kecik je boh =)

#LIKE our official FB page:
http://www.facebook.com/magnifiqueboutique90  )






pinjam gamba naaaa =) 

Dah-dah..sambung cerita ..hehe
Kehulu-kehilir mendapatkan stok barang baik punyeee..Kesana kesini memikirkan kewangan syarikat..
Termenung mengenangkan nasib tak balik raya *ooopss..lari tajuk*
Tetiba..... jeng..jeng..jeng...
Teringat daku pada gadis comey molek bernama Fatin Liyana
Lantas jari laju menekan motherboard.. ehhh... KEYBOARD lah :D




Idea mencurah-curah ke ladang gandum
Memikirkan strategi pemasaran
bla..bla...bla.....bla.......
Lalu ku usulkan memorandum persefahaman padanya
Hajat dihati nak je aku sponser DRESS utk wedding abang dia nanti..
Apakan daya, daku bukanlah sorang designer..hahaha





Photo: Code: VJ07

S clothes length 64cm Sleeve 57cm Bust 88cm Shoulder 37cm

M Length 65cm Sleeve 58cm Bust 92cm Shoulder 40cm

L Length 66cm Sleeve 59cm Bust 96cm Shoulder Width 42cm


Lalu ku meng-offer VARSITY JACKET FREE padanya..
Yang kini hangat dan hangit menjadi trend semasa ..
[Bak kata dia: Nothing comes for free bro ! >_<"
Well..betullah tu. Xdop gapo yg FREE kat dunia ni boh..]

Walau ku tahu, dia sangatlah sopan dan ayu dalam setiap pemakaian
TAPI, manalah tahu..kot nak berubah angin jap..heheheh =)





Disebabkan idea mencurah-curah ke ladang gandum, 
aku punyelah semangat sanggup bersengkang mata @_@" taip entry  ni... hahahaha :D
Apa-apa pon, aku dan krew MAGNIFIQUE hanya merancang.
Tuhan yang menentukan. If ada rezeki collaborate dengan FL ni, 
maka ALHAMDULILLAH hendaknya. If tak, it's OKAY =)
Mungkin NEXT TIME pulak ..hehe :D


-Untuk Dia...heyyy! untuk Dia.. heyyy! Dia..., 





Okay..tu je (JE?? padahal dah panjang berjela :p ) aku nak update..
Take care beb..~

Thursday, October 25, 2012

Korban . Pengorbanan . Terkorban? :D

Assalamualaikum.. =)

(tak clear? klik untuk tumbesaran.. ehh, pembesaran :D )


Korban
Hari Raya Aidiladha / raya haji/  raya korban menjelang tiba.
Aku mengambil kesempatan nak ucapkan selamat hari raya Aidiladha
khas buat family tersayang, kawan-kawan, lecturer, bloger, kenalan
& sayang-sayang sekalian :D hehe


Pengorbanan

Aku tak balik raya ni. hohoho. Stay bersama sahabat2 yang tak dapat balik.
=( sedih.. takpa, rilex chill. Aidilfitri lepas aku dah cuti lama.. hahaha. 
Paling awal book flight tix & balik kampung =)


Terkorban ?
Lembu? kambing? ayam? dan seangkatan dengannya.. 
Apa yang terkorban pon aku tak tau. haha.. saja je ni.
Nak lengkapkan ayat..lalalala.. merapu meraban .. 
kes FRUST tak dapat balik beraya.

..................................................................................

Okeh.. tu je =)
Take care & Salam Aidiladha ! 




Wednesday, September 26, 2012

Menangis

Bila kau dah sedaya upaya
Untuk buat sesuatu
Kau hampir gagal
Kau tetap usaha
Tapi................

Orang yang terdekat
Terus mempertikai
Hampir patah semangat
Serius rasa nak jerit
Lepas lelah.....lepas geram.......


Last thing yang jadi
tak plan nak buat... yela :

m   e   n   a  n  g  i  s    ;(




Sunday, September 23, 2012

PEMIKIRAN 'dia'...... -_-"

Bila diri BODOH SOMBONG, 
hal agama dianggap MUDAH. AMINA WUDUD dianggap wira... ??!!! 
Berkata seperti TIN KOSONG yang penuh berisi kerikil, 
yang nyata SALAH dianggap betul. 

Kecik molek tapi sayang MULUT besar melaung hak kebebasan,
POLITIK melebihi hak sebagai seorang PELAJAR.
Tidakkah 'dia' bersyukur keberadaannya 
Menuntut ilmu di sini

Aku EMOSI..
Mungkin.. 
Disebabkan oleh PEMIKIRAN 'dia'
Sedarkah 'dia' hal tindakan dan pemikirannya??

Wallahualam.... -_-"






Sempadan~

Assalamualaikum..

Destinasi ahadku
Padang kawad dan pusat sukan
Menjenguk mereka yang dibawahku
Termasuk juga yang diatasku
Dalam erti kata lain- Junior , Senior

Aku dengan mereka
Sahabat dunia..
Mungkin juga akhirat
Hayun langkah bersama

Serius..ketawa..biasa-biasa
Aku pilih biasa-biasa
Aku tengok mereka
Dalam kalangan itu,
Pernah ada cerita hitam denganku

Ya..sempadan itu
Dengan dia dan segelintir mereka
Aku cuba untuk positif
Wahai hati suci putihlah dikau
Bersangka baik pada semua
Dan itu adalah yang terbaik
Tiada dendam, lebur.

Aku gembira
Dan sekarang masa untuk aku balik
Balik ke rumah..
Minggu depan, akan ku jenguk lagi kalian =)

___________________________________________________________________

p/s: takecare ~

Friday, September 21, 2012

Sedikit Perkhabaran :D

Assalamualaikum..


Aku tak busy malam ni. Errr..curi masa sikit nak update belog =)
Disebabkan ramai sangat yang tertanya-tanya amende lah aku buat kat Shah Alam ni kan....
hahaha >_<"

1.Konvokesyen ke-77 UiTM Shah Alam

- OK , firstly aku datang balik sini disebabkan urusan konvo aku , November nanti =)
Alhamdulillah.. Konvo jugak akhirnya .. hahaha =p 

Mengenai intake Degree September ni, badnews.. Aku tak dapat. 
So, teruskan memohon untuk intake MAC 2013. Hopefully dapat..





2. Training PALAPES UDARA UiTM Shah Alam
- Even dah nak grade, tapi aku still menyemakkan diri join training. hehe..InshaAllah, ada masa terluang aku turun training. 

Lagipun as an officer, rugi rasanya if tak turun.. hehe. 
Elaun ada, makan free, then join training.. dah tak heavy sangat macam zaman-zaman junior dulu. haha =p




3.Perniagaan Butik Pakaian
- Next..Butik pakaian. Banyak halangan yang aku tempuh.. banyak dugaan. Terutama dari segi modal permulaan. 

Tapi Alhamdulillah, atas bantuan family & sahabat dunia akhirat aku.. Dapatlah aku teruskan.. InshaAllah, launch pertengahan OKTOBER ni. if takda aral melintang.

So, nama kedai secara rasminya yela MAGNIFIQUE Boutique.. 
Lokasi: Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam =) 
Tunggu la ek pembukaan rasmi nye nanti..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Erm..tu je la dulu kot. Ada masa nanti aku update lagi.
Takecare =)



p/s: Maafkan jika ada salah dan silap daku dulu, kebudak-budakkan. Bende remeh jadik serius. Kau tetap sahabat aku dunia akhirat. Maybe I can't fix 'something' that already broken, but im trying to start new, start fresh..trust me. Aku sayang kau, kawan. :D




Tuesday, August 7, 2012

Surau . Smartphone . Akak Garang

Assalamualaikum...

Al-kisah semalam:

3.30pm
Surau, Plaza Alam Sentral
(known as PAS, dikalangan member2 daku...)

Kesibukan daku menjalani praktikal di 
butik 95 Workshop yang gempak tu
(promote jap >_<") , hampir membuat daku terlupa yang daku masih belum menunaikan solat Zohor -_-" adeesss... So, dengan langkah berlari!! pecut ke LIF yang terdekat...heee. tingkat 5 pulak kan.. ~

Ingatkan manusia2 kat surau ni dah berkuranglah time2 camni.. Rupanya still JAMMED !! hohoho... Mereka2 ini terdiri daripada golongan2 kaki shopping raya la kot... hehehe ;)






Dah sudah, tetiba terdetik nak baca surah Yassin. Rest 30 min, ada lebih kurang 15-10 minit lagi. Mata mula melilau kalau2 ada rak yang menyimpan Al-Quran @ Surah Yassin.
Jawapannya macam ADA, tapi nun jauh dibelakang sana. Manusia2 still ramai....





So... err, aku capai je phone aku.. heeee
Bukak IQuran, Yassin.. Then start baca Yassin... Tengah kusyuk, tetiba ada suara lantang yang berbunyi :
"DIK, DAH SUDAH SOLAT TU BAGI LALUAN KAT ORANG LAIN PULAK, JANGAN ASYIK NAK MAIN PHONE , REPLY MESEJ PAKWE BAGAI..!"

i was like.... errrr... APEKAH?? Akak ni sound aku ke?? hahaha.. Yup, aku je la yang pegang phone, still atas sejadah lengkap bertelekung....heeee. Dengan senyuman manisss, sambil tangan menunjukkan surah Yassin kat phone ni, aku pon balas:
"Kejap ye kak.. sikit lagi nak habis baca Yassin ni..."

Aku dapat tengok muka 'akak garang' yang puteh melepak tu jadik merah gila. Nasib tak hijau macam HULK.. hahaha.Maybe tahan malu, or marah, errr... what ever laaa... Seriously....agak bengang gak lah kena sound tanpa usul periksa.. =/ zzzzzz.....


Tu je lah...
So beb, DON'T SIMPLY JUDGE ! think before u talk... 
*peringatan untuk diri sendiri & orang2 tersayang~


Selamat berpuasa, takecare ;)



Tuesday, July 31, 2012

Goodbye July >_<"

Assalamualaikum......

Yuuhhuuuuu >_<" Eeerrr...hai ^_^" hahaha..
Lama gila tak update...heeee~

31/7/2012
Hari terakhir Julai...huhuhu.
Mood: Sedih / Gembira / Confuse / Unknown / etc~

Hampir sebulan tak update..
macam-macam benda jadik sepanjang bulan kelahiran daku ni.


                    
Yang happy: - Dapat elaun 
                    - Surprise birthday party...takdelah party sangat pon..
                      dapat CAKE yang nyummy =)
  - Dapat movie tix free..
  entah berapa kali member-member celebrate birthday..  ARIGATO ^_^"
  - Dapat Phone baru (setelah 5 tahun bertahan dgn phone I-mobile >_<") Daku memilih Sony Experia Arc S
  - Dapat jam GUESS yg agak feminin.. tapi aku terima gak. hahaha (TQ bff ku yang sengal.. cik fify a.k.a Baby)
  - Praktikal x_X" (ni happy jugak kot..hahaha)
  - dan.....banyak lagi...ngeeeee..lalala ^_^"
- RAMADHAN AL-MUBARAK ^_^"









Yang sobsobsob:
  - Setelah berjaya diheret ke klinik lepas berabad lamanya
    asyik sakit kepala.. baru tahu ada 'Migrain' grrrrrr.....
    bila dah sakit means ada lah UBAT..  x_X
- Duit hilang sebanyak RM XXX dalam RAGA MOTOR !!
  Nak beli camera.....tak kesampaian... =((
 (padan muka simpan kat raga motor lagi -_-")
- Putus Tunang (hahaha... gurau je)
   daku putuskan untuk single mingle dan tiada lagi scandal-mandle..lalala
 - cukuplah...jangan dikenang kisah yang lalu =p










so, tu je la... haha. 
Untuk Ogos yang bakal menjelma:



Thursday, July 5, 2012

Yang ke 2puluh2 =)

Assalamualaikum... =)

04 Julai 1990 - 04 Julai 2012
Genaplah 22 tahun aku di atas muka bumi ni...
Alhamdulillah.. masih diberi peluang untuk bernafas..

Hari yang penuh dengan kejutan dan kegembiraan buat daku dan orang-orang tersayang dalam hidup aku.
Terima kasih.. terima kasih.. terima kasih.. SAYANG kamu semua ^_^"


Aku gembira ada mereka yang ingat birthday and sudi celebrate sekali untuk aku.. untuk tu, terima  kasih...
Aku sedih bila tak dapat bersama meraikan 4/7 ni bersama family aku.. hanya panggilan dan ucapan dari jauh ku dengar.. untuk tu, terima kasih MamaAyah Abang Baby Boboy =)

4/7 ni jugak aku menitiskan airmata kegembiraan.. terharu/gembira/sedih.. macam-macam perasaan dalam hati ni.. Sedar umur bertambah..masa semakin singkat...

Untuk semua..terima kasih atas ucapan dan doa.. Semoga hidup kita semua diredhai Allah..
Jika ada salah dan silap, maafkan daku..buka buku baru. 0 - 0. =)

Sorry lah. Ayat macam heavy gila ja..skema sikit. hee. 
tetiba mood serious =p hehehe. Tu je la nak cerita.

Takecare, lots of love~







Tuesday, June 26, 2012

Yang tak seberapa .. ;)

Assalamualaikum........

Errrr.....haaiiii...hoooiii...heeeloooo ^_^"
rindu gila dengan blog aku ni......seriousssslyy.. -_-"

Busy gila semenjak 2 menjak ni. Join kursus under KPT & UITM. Oh ye, aku dah selamat mendaftar nama 'baby first' aku.. hehehe. NASLIN SOUL RESOURCES =) hehehe. Tu nama company aku yang baru nak bertapak.

NASLIN - gabungan nama mama ayah aku yang sentiasa aku guna bawak kemana-mana..hehhee.
SOUL - jiwa. aku letakkan seluruh jiwa raga aku untuk 'baby first' ni.. pehhh ayat.. =p
RESOURCES - sumber. bagi aku, ni yela sumber rezeki aku. Segala jenis sumber la..


By the way, now tengah busy buat branding aku sendiri dan macam2 lagi lah. Kadang-kadang SERABUT gak aku... brand: ADORAVEL (meaning: LOVELY/ADORABLE - Portugis) ni logo yang aku try buat. Simple je.. lau rajin sila lah komen =) 



Lupa nak inform.. basically, business yang bakal dijalankan ni berteraskan pada barangan aksesori wanita, pakaian, more to boutique concept la. 

Tu je la perkembangan terbaru. haha. 
Aku berharap sangat semoga dipermudahkan segala urusan, berjalan dengan lancar. Thanks pada family & sahabat yang keep on supporting. Love u all ^_^"

~take care~



*pada bloggers yang singgah menapak tapi tak terlayan... janganlah dikau berkecil hati.. cewahh. Ada masa free aku terjah blog korang.. thanks beb =)


Sunday, June 10, 2012

Tak faham

Assalamualaikum..

Tak faham
Aku tak faham dengan sikap manusia tu
Jambalang-jembalang tu

Aku bengang
Aku tak kacau orang
Aku hidup dengan dunia aku

Aku sayang
Semua aku sayang
Tapi kenapa ada yang dengki
Ada yang iri hati

Jangan hairan bila semua benci kau
Dan semua datang cari aku

Sudah. Diam. Blah!

Tuesday, June 5, 2012

Aku jadi PENGAPIT?? haha >_<"

Assalamualaikum...

Ok, baca tajuk pun aku dah tergelak sorang-sorang. Tapi nak buat macam mana, nasiblaaa... 
kene jadik pengapit untuk wedding Pegawai kitorang. 
Lt.Arrizal TUDM bersama isteri tercinta Pn.Nurul Adha ;)

Firstly, ingatkan nak join jadik geng Sword Bearer, military wedding lah gitu. Pengantin akan lalu bawah pedang masa mula-mula masuk dewan untuk persandingan. Camtulah ringkasannya. Tak reti aku nak explain..jap gi aku upload gambar bagi korang tengok. Tapi sikit je la.. ngeee~ 

Ni geng-geng Sword Bearer. Masing-masing pakai pakaian istiadat TUDM, 
or refer as baju No.1 (*exclude yang pakai sweater & of coz yang baju kurung tu..hahaha)


Ni lah dia Encik & Cik Pengapit... ngeeee >_<"

Ni lak Pengantin Baru kita..hehehe. 
*sory gambar tak clear sangat..


Seriously aku tak tahu amende lah peranan si pengapit ni..hahaha.
Bluuurrr gile. Yang aku tahu jadik tukang kipas je kot + touch up pengantin.. hahhaha.

Dengan aku yang ganas tetiba bertukar jadik ayu.. adessss.. 
aku rasa habis kene bahan je kot .. haha. Lantaklah.. Alhamdulillah semua da settle.. hehe

Dah tu je. Gambar sikit je. 
Kang aku mintak kat cameraman pic yang lain..hehehe


-takecare-






Monday, May 28, 2012

Cute Turtle =) -belog cik uchi-

Assalamualaikum.. =)

Lepas seminggu memerah otak join kursus keusahawanan tu, aku decide nak hangout dengan member-member aku ^_^" hehehe.. hari ni je la free kan.. ngeee~ Lepak chill sehari..

Menyempat pegi Bukit Cerakah, kali ni pergi musim bunga. Siyes lawa =) Pergi berlima.
Then, pegi Sunway Pyramid. jalan-jalan.. Lepak kat Sushi King.. Si Fadhlin ni mengidam sangat nak sushi.. hahaha =p Pic sume aku tak dapat lagi. So, next time inshaAllah, aku rajinkan diri update & upload gambar tu sume kay..




So, Cute Turtle?? Camni ceritanya.. Aku BW hari tu, lama dah lah. Pastu aku terpana terpaku dengan  hasil kreatif akak gorgeous sorang nih.. belog dia nama cik uchi blogsaurus..hehehe..








So, aku pon beli lah beberapa ekor turtle yang comey 
untuk aku & sahabat tersayang aku =)
Ada gi 3 4 ekor yang bersembunyi kat belakang... hehehe..

Comeyyy kannn ?? Memang puas hati lah ;)
So, sape-sape teringin nak beli boleh lah usha kat belog ni kay ~


 >> Belog Cik Uchi <<
[silalah klik untuk usha belog ^_^"]

Thursday, May 24, 2012

Pendapat. Social Network . Aku?

Assalamualaikum..

Dua tiga hari ni busy dengan program keusahawan under UiTM. Blogwalking memang aku tinggal lah buat sementara waktu ni...ngeee~ Malas nak cerita detail pasal program. heee >_<" ada masa aku cerita . . =)

Just nak cerita sikit je pasal sesi modul malam tadi ni. Dalam satu slot Dr. tu ada sentuh pasal penggunaan Facebook / Myspace / and other type of social network. Usually dalam FB or other social network , ramai pengguna yang selalu salah guna benda alah ni such as post status mengarut/ update latest place dekat mana/ mengutuk / gossiping/ what ever lah...

Dr. ni ada kata lagi, those medium lebih berguna dijadikan platform untuk berniaga dan bukan untuk personal story and yang sama waktu dengannya... ngeeee >_<" Bila aku dengar je, terus rasa macam.... zaaassss...... hahaha. Aku takdelah post mengarut sangat kat facebook. upload pic mulut itik bagai, bergosip bertumbok kat facebook or belog ni.. lalala. Cuma memanglah, belog aku so cerita pasal aku dan orang-orang sekeliling, keadaan sekeliling aku. hehehe.

Tapi ada betulnya jugak, buat aku terfikir yang tak perlu bagi aku untuk update yang terlalu detail pasal kat mana aku berada, apa aku buat, and apa-apa yang berkaitan. Mengurangkan risiko untuk orang ambil kesempatan/ culik / kutuk / dan banyak lagi benda negatif yang akan jadik -_-" Better kongsi benda-benda yang lebih berfaedah. Such as, business... hehehehe >_<" Dalam perancangan sebenarnya.

TAPI...Belog ni tetap macam dulu, cerita tentang aku , kamu dan mereka =)
Kebebasan untuk aku menaip dan cerita benda-benda yang aku nak kongsikan sama.
So, takda masalah kat situ... aku terima pendapat Dr. tu.. and aku tetap dengan pendirian aku sendiri. =)

ok. dah..tu je. zzzZZZ
takecare~

Sunday, May 20, 2012

TERmarah bukan sebab MARAH -_-"

Assalamualaikum...

Aku buat silap.
Marah sorang dak kecik ni..

Sebab... bukan marah sebab aku betul-betul marah bengang kat dia..
Tapi sebab RISAU -_-"

Sorry.........................................................~

~takecare~

Saturday, May 19, 2012

Untuk mama cayang ^_^"

Assalamualaikum... =)

Aku dah selamat sampai Shah Alam..hehe. Tadi my bff yang pi ambik kat LCCT. 10am landing.. TQVM baby =) err.. nickname dia memang baby okeh.. hahaha =p


Sampai je terus pi teman dia lunch dulu kat area Bangi. Then gi usha kedai dia yang tengah renovate. Area Kajang tak silap aku. Menyempat jugak teman dia gi shopping barang umah sekali kat TESCO Shah Alam. Memang pusing-pusing je la tadi... =) Lama tak hangout sama lak kan..




Ok, dah banyak sangat melalut..lari dari topik sebenar. Hahaha. Hari ni, beli something yang berharga untuk mama cayang. First time aku beli hadiah mahal. Walaupun tak sampai ribu-ribu, untuk masa ni, ni je yang termampu... Pegi kat Hourtag Alam Sentral, kat PAS lah kan..

Motif aku beli, aku pon tak taw. hahaha. Tetiba nak belikan.. a_a"





So, how? Nice tak? Aku tak reti sangat nak pilih >_<" Tadi pilih design lain, member kata tak sesuai, untuk yang muda remaja ok lah.. cewaahh.. hahaha =p Pastu abang tu kata yang ni OK untuk mama.. So, kami decide beli yang ni je =)

OK dah. Tu je. ngantuk gila dah ni... ngeee~ adiosss.. zzzzZZZ
~takecare~






Shopping.Cokelat.Langkawi

Assalamualaikum.. =)

OK..last day kat Langkawi before fly back to KL. Sesi memborong cokelatttt ^_^" hehehe..
Tapi bukan aku punye semua. ngeee.. Beli sekali cokelat yang member pesan.. =)


Pegi tengahari tadi. Tutup kedai jap.. oh ye, sapa-sapa yang kat Langkawi or akan datang ke sini nanti bolehlah jenguk kedai kami : DYNASLINDA LANGKAWI =) Senang je nak cari. Ada barangan mutiara/kristal/kraftangan/perabot kecil jati.

Macam biasa, serbu kedai cokelat Haji Ismail Group.. banyak lagi sebenarnya kedai-kedai cokelat yang lain. Tapi aku prefer beli kat sini je.. hehe



Dah siap memborong.. Jalan-jalan cari makan lah coz dah kebulur ahh.. haha. Pi dengan my gorgeous cuzzy sorang ni haa.. Dah habis makan patah balik kedai, bukak jap sampai petang then tutup. Pegi minum petang lak.. ececehh.. hehe. Cuzzy aku teringin sangat nak air nyior a.k.a air kelapa.. hahha..layankan ajee.. =p


Settle pasal citer cokelat.. =) flight nanti pukul 8.55am. Nasib dekat je airport dengan rumah pak teh ni. Takyah nak rushing gerak awal-awal pagi. haha.

Tengah aku syok menaip, tetiba SPIDERman muncullll kat lappy ni haaa.... 
entah dari mana lah menjelma. 
Aku cuak tengok spider & yang sama waktu dengan nye ni... hahaha. Ada lah kisahnya masa zaman aku kecik dulu... ngeeeeee >_<"


**Oh yee.. if gambar tak jelas tu.. sorylah ek, fon canggih sangat. hahaha.
Klik untuk besarkan gambar =)


p/s: ok dah. tu je. tido-tido..... zzzZZZ ~takecare~

Thursday, May 17, 2012

Hati rasa.......~

Assalamualaikum.. 

Lebih kurang 48 jam dari sekarang, aku akan terbang balik ke KL. So, babai Langkawi.
Till we meet again. >_<" 





Something doesn't feels right. Seriously. I don't know what it is. Tapi....... hati rasa.... something missing. Tetiba aku rasa malas nak balik KL. Malas nak jumpa 'orang-orang' yang........... -_-"
Can i just cancel the tix?? Jawapannya, memang TAK lah kan. Kang tak pasal-pasal kene bebel leh mama. hohoho.







Tadi..dengan mood bangang yang entah pape..Aku jadik stalker, usha fb someone. Macam bangang je aku rasa. Sebab tu aku malas nak fesbuking. Deactivate balik. OK kot. haha. Looking at their pic.. im happy happy for them. Cuma terkilan, coz im ot there.......... -_-"





MASALAH besar ni. Hati dah start nak sedih bagai. Entah pape laaa....... pernah tak ada perasaan tu ??? haissshh.. susah aku nak explain. Macam tu lah... -_-" Pape je la... ngeeee~

haaa.. esok aku start shopping chocolates... hehe. ramai lah jugak yang pesan. Hopefully tak over limit lah nanti. Dah lah paid baggage for 15kg je. Air Asia pulak kan. Dah tu je. Esok lepas je shoping memang confirm aku wat entri pasal COKLAT ! hahaha..

 ~takecare~






Tuesday, May 15, 2012

2 bulan....je?

Assalamualaikum.. 

Aku bakal menjejakkan kaki lagi ke UiTM Shah Alam, Intekma & yang sama waktu dengannye la..
Tapi al-kisahnya, daku bukanlah melangkah ke sana sebagai pelajar Degree... belom lagi. hehe. Diploma baru ja habis April lepas. hohoho... >_<" Aku join kursus keusahawanan. Khas untuk pelajar yang nak graduate or dah graduate. UiTM student je la..

TER-join sebenarnya...tak tahu pun pasal benda ni. Member yang inform. Memandangkan free & macam banyak je benefit yang kitorang akan dapat.. maka daku pon ter-JOIN lah benda alah ni. Kursus ni start 21 May - 10 Ogos. 19 May nanti inshaAllah blah dari Langkawi ni.. hello again Shah Alam.. hehe.

Tapi ada SATU masalah. yup, SATU je. Tapi pening fikir. Tempat tinggal -_-" Sepatutnya memang pihak yang berkenaan provide untuk peserta, tapi majoriti tak nak lak. So, cancel. Terkapai-kapai jugak lah daku nak cari tempat untuk stay. Cadang nak stay kolej lama, tumpang member. Tapi, rasa lama sangat & time aku tamat kursus tu bebudak degree confirm dah cuti. Mana nak merempat lagi.. haha.

Second choice, tebalkan muka try tanya sorang member ni. Aku tak tahu dia stay mana, yang aku tahu kat area Shah Alam jugak. Tapi....... errrmmmm. Tak jadi tanya. Sebab...... errmmm.. abaikan. -_-" Lastly, aku roger member sekampung, stay dekat area UNISEL. Ok lah tu.. jiran je dengan UiTM. hehe.. so, dia pon kata ok .. Alhamdulillah. 2 bulan... je... hehe. TRIMAS beb =)

ok dah. tu je. zzzZZZ~ takecare ~

Monday, May 14, 2012

Hilang... -_-"

Assalamualikum..

Lately aku selalu je mimpi buruk. Tragisnya, after subuh, aku lena jap. Start lah mimpi-mimpi buruk tu menjelma. *Sape soh tido pas subuh.... >_<"* Letih sebenarnya.. huhu, jaga kedai yang baru bukak ni. -_-"

Memikirkan mimpi-mimpi tu buat mood aku hilang. Entah kemana. Someone said, maybe "mood" tu pi main banana boat kat Pantai Cenang .. hahaha. Sengal betol.. mentang-mentang aku tengah bertapa kat Langkawi sekarang. ngeeee >_<"

Seriously takda mood langsung nak makan...... nak update stok barang.... nak update belog lagi lah.......pendek kata nak update apa-apa yang patut lah... huhuhu.... rasa something missing..... -_-" 

hmmm.. tu je lah. nak pi cari mood yang hilang tu....huhuhu~ takecare~

Friday, May 11, 2012

Tapi bukan aku....~

Assalamualaikum...

Hari ni penuh kontroversi.. hahhaha >_<"
Ramai lak yang wish congrats kat aku untuk wedding Disember nanti...
JAP-JAP !! BUKAN AKU SEBENARNYA.... hohohoho.. salah faham ja x_X"

Memang aku pi usha wedding dress.. dengan family.
Actually, untuk my gorgeous cousin ni ha.. hahaha.

Terkejut aku bila member dok terjah kat fb.. hahaha.. yang wish pon ramai gak.
Aku layankan je.. ngeeee >_<"

*ni salah satu post fb bff tersayang aku ... haha =p 


Kalau aku nak kawen confirm lah aku roger betol-betol.. hahaha. Aku baru 18, awal lagi kot... (*18 ke??? lalalala) Apa-apa pon, trimas lah pada yang mendoakan kebahagiaan aku... cewaaahh.. aku aminkan ja. hehhehehe =) Yang merajuk tu, sorry lah ok beb.. Bukan aku pon yang kawen.. hehe.

Dah-dah.. hopefully everything clear now ^_^" Tu je... babai. Nak tidoq..zzzZZZ~



p/s: daku kekenyangan makan beger kazen ni.. depan umah lak kannnn. Habis diet program aku... hahaha =p


Wednesday, May 9, 2012

Maybe its the best excuse..~

Assalamualaikum..




Lebih kurang seminggu dari sekarang, convocation UiTM akan berlangsung. And im not in the list lah kan. Turn aku next sem. huhuhu.. Aku happy tengok kawan-kawan aku. Nak grad dah diorang. Alhamdulillah =)




Dah bagitau diorang siap-siap yang aku busy. Alasan..hehe. Tapi betullah, memandangkan aku busy, maybe aku tak berkesempatan nak datang Shah Alam tengok diorang. Now dah kat Langkawi. Tolong business mama aku. So, banyak benda nak urus. Tengok lah macam mana nanti.






Mungkin kalau aku tak pegi sana ok jugak kot. Takdalah rosakkan mood or event diorang. haha. Malas nak sedih-sedih, touching bagai. Frankly, aku dah start sayang member-member aku ni. Even diorang bukan class batch real aku.









Ada lagi someone yang mesej aku soh datang konvo. Kawan jugak. Dulu memang aku beriya nak pegi, tumpang gembira sekali. Aku siap plan nak jadik cameragirl. haha. Tapi tu dulu. Sekarang, sama jugak . Aku takut kehadiran aku nanti rosakkan mood happy diorang. 


Dah lah. Malas nak fikir. Dah taip siap jadik entri, biar terperap kat dalam ni je. 
takecare~



p/s: Kadang-kadang yanag REMEH-TEMEH tu lah yang COMPLICATED sebenarnya..huhuhu




Tuesday, May 8, 2012

AKU & ContengConteng ^_^"

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, last Sunday @ PWTC.. tercapai jugak hasrat nak ke Majlis Pelancaran Siri Buku Conteng karya brader Fadhli Hamdan. Event start 11am till 12pm. Bermula dengan kata-kata aluan, seterusnya pelancaran buku oleh penerbit PTS, then barulah si penconteng muncul dan menyampaikan sepatah dua kata.. cewaahh.. terskema disitu.

Lepas je brader Fadhli bagi ucapan, event diteruskan dengan sesi soal jawab.. err.. kuiz sebenarnya. hahaha. Berkaitan dengan karya ContengConteng ni jugak lah. Yang aku perasan budak-budak kecik ramai je jawab kuiz ni. Segan lak nak join >_<" Err..lastly, aku dengan shy-shy cat nye terjawab jugak kuiz tu + dapatlah cenderahati dari PTS. =p Lepas tu barulah sesi pengumuman bagi pemenang Contest Conteng2 hari tu. Malangnya... daku tak dapat =( huhuhu. sedih bebbb..

daku menerima cenderahati dari penerbit

Frankly, aku tak kenal pon yang mana satu  la si penconteng ni kannn.. hahaha. Sampai je kat event, dok depan .. excited =p haha. Motif aku sebenarnya nak dapatkan sign ja.. untuk sahabat yang akan konvo 16 May nanti. Aku tak dapat pegi. So, aku bagi hadiah je. Dia jugak yang kenalkan aku dengan CONTENGCONTENG ni .. =)

yeahhh ! dapat autograf brader Fadhli & her wife sekali.. ^_^"





Gambar kenangan bersama family brader Fadhli & her wife.
*TQ akak baju biru.. bagi klu, menang kuiz tu.. opppzzz haha =p



ni lah dia si penconteng itu.. =p Fadhli Hamdan


yang gorgeous ni lak Kak Sheila , her wife ^_^"





Actually, aku dapat hadiah Contest tu.. rezeki, real winners tak datang. Brader Fadhli bagi je.. arigato ! >_<" ngeee~

TQ so much to PTS, brader Fadhli, kak Sheila, their family & lastly special tanx jugak kat Kak Mun-mun yang dah teman aku gi PWTC. Tak pasal-pasal jadik cameragirl =p TQVM ! 


ok. tu je. sekian... zzzz ZZZZ~ 

p/s: 3pm nanti fly ke Langkawi sudeh.. babai geng =)