Yang Perrgghhh.... Klik weyhh :

Friday, December 9, 2011

Dah Selamat Mendarat - Langkawi ^_^"


Aku terpisah dari family tersayang...huhu. 
(ayat nak sedih2..cehhh)  
dok kat seat 22 C, sebelah mamat specky.. =p Ngeee~ 



Family aku lak kat seat 15.. hoho. Last2 aku dok kat seat 23..kosong. 
Dapat dok tepi tingkap & snap2 pic.. hehe~









MH4105 dari KLIA – LANGKAWI. Supposely depart 1805,
 tapi disebabkan masalah teknikal terpaksa DELAY. 1845. Jarang (macam tak pernah rasanya) 
naik MAS, tetiba DELAY. Hohoho. o.0"


55 minit selepas tu......



Alhamdulillah..
akhirnya pesawat MH1450 selamat mendarat.. destinasi : Langkawi =)






Aku dengan adik aku Boboy..
(bukan BoBoy Boy tu ekk)

Tengah syok posing2 , snap2... tetiba ada brader ni sound soh blah .. haha =p

technician la kot.. 
lek ah brader.. hehe







Jejak je hometown ni....OTAK aku dengan pantas memikirkan COKLAT !! 
hahhaha =p Habislah... bertambah cute lah jawabnya..

(perasannn.. padahal tambah tembam/ chubby/gemok/ dan sebagainya..hoho)




Esok dan hari2 seterusnya bakal aku warnai dengan pelbagai aktiviti..hehe. 
Lama weyh tak balik kampong ayah aku ni haa.. Akhirnya ayah dah TAK "Kampong Sick" .. hahaha =p terus keluar slang Kedah ayah haaa,, >_<"






 


Menyempat posing, 
tengah tunggu Pak Teh datang ambil kitorang,,            ngee >_<"



Ayah tengah busy call Pak Teh,, 
Si Baby tak taw tengah korek ape tu..haha. My mama yang gorgeous lak join venture posing sekali =p lalala ~












to be continue.............~


....................................................................................................................................................................

p/s:: Happy sikit.. dia dah bagi respon =) And yang sorang lagi lak, dah OK kot.. hehe ~ banyak aku nak cerita kat kau. Tapi lidah kelu.. sorry bila perangai agak childish sikit  >_<" ngeee~


Tuesday, December 6, 2011

"hujan" bukan sebab OMBAK RINDU -_-"



 
Hari ni decide gi tengok wayang. Yang orang dok heboh2 kata BEST. 
Ombak Rindu. Kat JJ Bukit Raja. Tu je lah yang terdekat pon. hehe~ 






Dah beli tiket. Lapar pulak . So singgah McD jap. Time2 lunch ni full haa McD.. hoho
Akhirnyaaa...dapat gak Prosperity burger ni. Pedasss weyh.. gatal nak pi tambah sos cili lagi.. ngeee~
nak meleleh air mata .. haha.














Aku gi dengan member aku, Aina .
Nampak tak kesungguhan dia makan prosperity tu =p 
lapar ye aina? hehehe~








Dah melantak. Kami pon gi lah tengok wayang.
Boleh tahan lah cerita dia. Aku tengok member aku. Si Aina ni dah menangis. Bila part Aaron/Harris tu nangis
Aku gelakkan dia.














Sempat pulak snap2 scene dalam Ombak Rindu ni. Nasib tak kantoi. 
Aina pun join sekali... hahaha =p sengallll >_<"









Cerita dah nak habis. Ending ok lah. Happy ending kot. Bagi aku cerita tu Sloowww
Huhu. Entahlah. Mungkin tak sampai ke hati aku kot.

>>>>>>>>>>>>>>>>> ~ <<<<<<<<<<<<<<<<<



 
On the way balik. Aku tahan airmata. Bukan sebab filem tu
Tapi sebab dia (bukan pasal si aina ni ye) ..Tadi aku gelakkan Aina, sekarang padan muka aku. -_-“

Kenapa aku nak nangis pulak? Sebab aku terasa yang dia(lagi sekali, bukan aina. someone else) dah jauh sangat dari aku
Siapa dia ni sampai boleh buat aku menangis??
Dia sahabat aku. Yang rapat dengan aku dulu... tapi sekarang.. entahlah.. 






Tapi aku tak peduli. Aku belikan macam2 untuk dia. Sebab lusa aku dah nak terbang ke Langkawi.
Satu je aku tak dapat beli, MASA untuk bersama dengan dia.













 








 



Singgah Famous Amos,belikan biskut coklat. 
















Last sekali, aku minta nak jalan2 dengan dia. 
Tapi dia nak keluar dengan kawan dia. Takpelah. 
 Last day aku kat Shah Alam ni...... -_-"
tapi x dapat..






 


Aku nak bagitahu dia, aku minta maaf atas semua kesalahan aku pernah buat.
 tapi tu semua cerita lama........













 



 tapi sebabkan cerita lama tu la, semua benda jadi tak kena!! 
DAMN laaa !!!











…………………………………………………………………………

Dah lama berlalu, aku tengok dia macam dah ok.
I'm happy for her. Cuma situasi antara kami tak banyak sangat berubah.
Aku still rasa janggal, dia bukan macam yang aku kenal dulu. 

Hopefully dia suka semua benda yang aku bagi.
Pengganti diri aku. Even aku tahu, aku ada or takda, 
dah takda apa2 effect kat sahabat aku sorang ni.


Someone gitaw aku, "kalau berkawan jangan rapat sangat. Sebab, masing2 akan berpecah ikut haluan masing2. Kalau ditakdirkan dia sahabat kita dunia akhirat, InshaAllah, kita akan jumpa dia semula.
Dan silaturrahim tu takkan berakhir kat sini je"



p/s: takecare sis... 

Sunday, December 4, 2011

Kenangan - SAF 2011 =) FRISBEE!!


                  
                        Minggu last bersama member2 aku . Dapat main Frisbee dalam satu team. 
Tetiba rasa mood time kat UiTM Samarahan dulu2..huhu. Alhamdulillah =) team guys FSR dapat gold medal, tahniah. Team ladies aku pulak takda rezeki nak jadi juara, dapat bronze medal. Apa2 pun,      tahniah for team FSR.





Best gila dapat main, dapat sorak2, jerit2 sampai kena sound oleh urusetia (merangkap member2 aku jugak sebenarnya) Hahaha =p  Pada awal perlawanan, team aku dapat mengalahkan team2 dari fakulti lain dalam peringkat kumpulan. Layak ke peringkat semi final, malang bagi team kitorang sebab tewas tipis 5-4 kepada pihak lawan, dari FSPPP (budak pentadbiran polisi, jiran sebelah fac..hoho).






 

Kekalahan yang penuh kontroversi. Haha =p 
Habis penjaga masa kena serang oleh team aku. Apa2 pun, benda dah berlalu. Takda rezeki. Mula2 memang nak provoke je for the next game. Hehehe. Tapi fikir2 balik, takpelah. Carry on untuk cari tempat Ke-3 dan Ke-4. 







 
Keputusan - Johan dimenangi oleh Fac Law - FUU, N.Johan jiran sebelah – FSPPP, dan tempat Ke-3 jatuh kepada awek2 cool (perasan jap..lalala)- FSR.







Dapatlah beg kasut dan bronze medal. =) Al-kisahnya, beg aku kene cilok olek jurulatih2 aku. Hahahaha =p Sengal jek… esok memang confirm2 nak serang dorang kat office.. ngeee~ penat wooo maen.. haha..








Ok, habis cerita pasal FRISBEE. >_<” (banyak sangat nak cerita nye punnn..haha)

Next,

Hari ni jugak merupakan hari last Junior2 Airforce join latihan tempatan. Tahniah pada yang still bertahan. Upgrade mental dan fizikal korang ok. Training dah habis, so focus on study, tu yang penting. Aku pun tak pandai sangat, tapi beringat sesama kita. Goodluck =)





Majulah sukan untuk negara !! ^_^"
pesanan ikhlas dari aku selaku pemain frisbee FSR (bidan terjun je punn.. =p )



___________________________________________________________________________
Asal dari awal sampai akhir, pic cartoon je lebih..?
 Ok.FINE ..actually, aku tak sempat nak snap2 gambar dengan team.. 
nanti gi usha mana2 member yg sempat @ menyempatkan diri snap gambar kitorang..
>_<" haha

Friday, December 2, 2011

Bila takut, pegang tangan mama =)


 Bila takut, pegang tangan mama =)

Repost story mory from my FB notes..
Al-kisahnya, time ni blog lama telah pun dilupuskan atas sebab2 (adalah sebabnye.. hehe )
So, aku pun terfikir masukkan cerita ni dalam new blog ni.

Hari Jumaat yang.. ermm.. sejuk? aman ? kot.. nothin to do today.. 
lepak kat bilik , mencari ilham baru.. tentang hidup.. haha =p 

Ok. that's enough.., just enjoy the story =)
-real story-

___________________________________________________________________________________

Memandangkan blog nukilan hati tak seberapa nak aktif nye pun,
so notes FB jadik mangsa. lalala =)

Tajuk kali ni baik punya. hahaha=)
Teringat kisah zaman kecik - kecik dulu. Tadi dah cuba lelapkan mata tapi entahlah,
malam ni mata ni degil sikit. -_-"

Tu yang tiba-tiba rasa nak kongsi cerita then terus bangun on balik laptop and jari pun
mulalah tekan petak segiempat kecik - kecik yang banyak kat laptop ni.


Semenjak dua menjak ni, banyak benda yang jadik. Mulalah sang hati teringat kat
mama, ayah, abang, adik semua. So, automatically banyak jugaklah yang bersarang
kat otak ni.

Fikir pasal study, orang - orang sekeliling, bisnes mama (sebabnya, kena jaga kedai..haha)
dan masa depan. Fikir pasal boyfriend? Jauh menyimpang tu. Takda maknanya,
calon pun takda. hahaha =p

Asal lah banyak sangat kau fikir cha oiii. haiisshhh @_@"


Dah - dah, back to the topic.

Masa cha kecik - kecik dulu, selalunya before lelapkan mata mama sentiasa kat sisi.
Tangan mama jadi mangsa bila cha nak tidur. Cha pegang tangan mama, dan
tangan mama lagi satu pulak usap kepala dan rambut.

*one of my weaknesses, bila orang usap rambut terus terasa nak tidur.haha.
Kantoi sudah =.="


Bila pegang tangan mama, terus rasa takut yang membuak - buak tu lesap.
Takut sebab tengok cerita hantu punya pasal.
*selalu terbayang lembaga hitam kat bawah katil, macam dalam filem..haha =D

Satu lagi habit masa kecik before tidur, menyandar kat belakang mama.
confirm rasa selamat. =) hehehe


Pernah dulu, terpaksa bermalam kat kedai. Just both of us. Kedai makan baru bukak
(now dah takda), dah siap kemas - kemas tengok dah lewat. Decided stay je kat kedai.
Pagi - pagi esoknya bangun, dah cuak gila mama takda kat sebelah,
meraung tak tentu pasal. hahaha.

Mula terfikir yang mama dah balik rumah tinggalkan cha.
(pemikiran budak kecik .. lalala ) Then mama datang and terus peluk cha.
Rupanya pegi mandi and bersiap. Mama dah gelak - gelak time tu.

Ngeeee x_X"



Seriously, cha rindu moment tu. Well, everyone has their own
childhood story - mory .hehe. Ni kes rindu tahap dewa sampai takleh nak tidur.
hoho. Rasanya cukup lah kot cerita takat ni. Mode tidur macam dah datang balik.

wweEEee  a_a"



To mama, andai kata terbaca notes ni..
*tiba - tiba nak blushing*  ~ just nak bagitahu adik SAYANG MAMA !
lalalala ^_^"



* dah siap mengarut..zzzZZZZ ~
11/11/11
12.42am

_________________________________________________________________________________________


Selamat Hari Jumaat.. Guys yg Muslim tu Selamat Menunaikan Solat Jumaat k ^_^"








                                                                                                                           




                                                                                                                         

Thursday, December 1, 2011

DisemberKu Dulu-dulu VS Sekarang

Satu.Disember.Duaribusebelas !!! 

Ok fine, Terlebih excited pulak.. 
haha =p


 Jom...


The story mory begin.......jeng3... >_<"



DISEMBER dulu - dulu :

Semestinya cuti sekolah !! best w0oo.. hehe.
For me pulak, selalunye la Disember ni consider as my FAMILY HOLIDAY.
Time - time hujung tahun ni la baru ayah dapat cuti haaa... 
Dapatlah pulang ke kampung ku yang terindah >> LANGKAWI (sebelah ayah) << 
(selain kat TAWAU, SABAH,, sebelah mama)

Dapat tiket kerajaan.
Maka kami sekeluarga pun terbang melayang dari
Tawau - KLIA - Langkawi.
Setahun sekali or dua tahun sekali tak silap aku. 
Macam bonus la.
So, dapat gak ayah balik kampung halaman kan.
Takdelah ayah 'kampong sick' nanti.. (erkk..ada eh term ni?)

Tersangatlah happy tak terkata dapat balik kampung.
Ada yang tanya, reti tak cakap loghat Kedah haaa?
Al-kisahnya..sikit - sikit je la Cik Jah oiii..haha
Ayah pulak, bila dah balik kampung, 
mula lah loghat Kedah dia muncul balik..hihihi =p




DISEMBER sekarang? :

Nasib aku baik sebabnya tengah cuti, a.k.a dah nak habis belajar.
Menanti konvokesyen la kononnya.
Tengoklah macam mana nanti.
Diploma aje.. PhD on the way.. haha =)

Kali ni, aku rasa dah kurang sikit rasa EXCITED tu,
tak macam dulu. huhu.
Aku pun tak tahu kenapa.
Otak dan hati ni tak tenang, banyak benda tak settle lagi rupanya.

Bila umur dah puluh - puluh (macam tua sangat plak >_<")
dah takda belas - belas,
makin banyak tanggungjawab,
kerja dan sebagainya.
Hilang MOOD holiday aku.
haiisshhh -_-"


Apa - apa pun, semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Menikmati masa - masa berharga bersama 
family DYNASLINDA yang tercinta =)


So, December....please... be nice to me ..
ngeeeee  >_<"





____________________________________________________________________________________
 ok.enough. tu je aku nak mengarut malam - malam buta ni..~

by the way, who knows bout "my december" - Linkin Park.. =)
(iklan jap)
layan feeling jap.. heeeeee~


My December

This is my December,
This is my time of the year...
This is my December,
This is all so clear...
This is my December,
This is my snow covered home...
This is my December,
This is me alone...
And I
Just wish that i didnt feel like there was something i missed
And I
Take back all the things i said to make you feel like that
And I
Just wish that i didnt feel like there was  something i missed
And I
Take back all the things i said to you
And I'd..
Give it all away,
Just to have somewhere to go to...
Give it all away,
To have someone to come home to...

 
 
 
 
 
This is my December,
These are my snow covered trees...
This is me pretending,
This is all i need...