Yang Perrgghhh.... Klik weyhh :

Saturday, November 19, 2011

Terbang Melayang?

As usual, bangun pagi - pagi pegi jogging kat tasik dekat rumah ni.
Tak jauh pun, dalam 15 langkah sampailah. hehe.
Hirup udara segar. Best.


Tengah syok jogging, aku nampak benda hitam bergerak - gerak dekat rumput tepi tasik. 
Macam ikan, ke ular ??  Tapi apa ikan ni buat kat rumput?? 
takkan main bola pulak kan.haha =p

Misteri terjawab bila aku datang dekat dengan objek yang bergerak - gerak tu.  
Rupanya ikan pemalas a.k.a ikan bandaraya. Tapi bila aku try gerakkan dia guna kayu, 
dia buat - buat mati pulak. Bijak - bijak. huh.


Aku tak tahu samada nak biarkan je ikan ni terkapai - kapai kat sini 
atau bagi hidup dia balik kat dalam tasik tu. Kebetulan time tu ada sorang minah india ni jog 
then berhenti kat tempat tu. Aku tanya dia, ada orang memancing ke kat sini tadi? 
Dia kata tak tahu, takda kot. So, kitorang decide lepaskan je ikan tu ke tasik. 
Laju je dia masuk dalam air tu. Basah baju aku kena percikan air tasik tu. haiishh >_<"


Masa aku lepaskan ikan tu , tiba - tiba aku rasa lain. 
Lama aku duduk menghadap tasik tu. Aku rasa seronok sebab d
apat tengok ikan tu berenang balik kat tasik. Dia dapat peluang kedua. 
Mungkin kat dasar tasik tu nanti 
dia akan buat hidup dia lagi bermakna dari sebelum - sebelum ni.
Imiginasi terlebih pulak. Ok fine. Back to reality. =)
 ______________________________________________________________________

Mama call, tanya and tawarkan something yang aku tak pernah duga selama ni.
"Adik minat ke jadi pilot? Nak tak sambung study kat Langkawi, jadi pilot? 
Tak pun masuk TUDM ke?"

Terdiam aku dibuatnya. Pilot?? Tu semua cerita masa aku kecik dulu. 
Minat nak terbang sana sini. Minat uniform pilot TUDM. Minat tengok kapal terbang. 
Minat semuanya lah. Cuma tak pernah terluah. ngeee~

Back to the question tadi, aku blank jap. Then aku tanya ''mama serius ke ni?? Of course lah minat. Nak ! "
Perbualan mama and anaknya berterusan.... blablablabla..... ~

Aku teruja sangat - sangat and terus search pasal flight academy tu. 
Mungkin ni yang aku cari selama ni. huhu. Sebelum ni memang apa - apa keputusan aku, 
mama ayah setuju and support. Tapi sebenarnya mama ayah tak berkenan sangat. hehe. 

Kali ni, bila diberi peluang and sokongan penuh.. 
Aku rasa sangat..sangat..sangattt lah gembira and bersyukur. 
I'll do the best mama ayah !


>>>>>>>>>>>>>>>>>>-<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sahabat - sahabat yang aku sayang sangat 
> Erda, Nana, Baby, Shishi and yang lain jugak. 
Terima kasih sebab tak pernah jemu advice, kongsi masalah, care pasal aku, 
bagi semangat and support aku. Thanks a lot beb !!

No comments:

Post a Comment