Yang Perrgghhh.... Klik weyhh :

Wednesday, November 30, 2011

30.11.11
Happy Birthday Raidah..







Today is your birthday, 
I just want to remind you that you are the best person I have ever met in my whole life. 

Happy Birthday to you, 
my dearest friend..
my dearest sis.. 







                                          








 




Deep inside my heart..

 Im trying to search your smile that i had lost..
Forgive me for all that i've done wrong.
For all tears that has fall.
Sooner or later i got to go.
To a place that i want to. 
Maybe we'll meet again.
Promise me you'll be the same.

Thank you, 
for all that you have done to me.
Thank you Allah 
for giving me chance to meet you
and for giving such a nice friend.

Deep inside my heart, 
i want to tell you that,
i really care about you, 
lot's of love for you 
my dearest sis.. 




                                                                                                                      just for you.. 

                                                                                                                @" " "@        a
                                                                                                                     ( 'o' )      CUTE
                                                                                                                   (@)_ "_(@)   Bear2...



Monday, November 28, 2011

Macam dulu

Aku stuck lagi
Kat tempat ni
Berdepan dengan dia

Tetiba hati aku rasa
sedih , sakit , lemas
apa hal?

Semua salah faham
Dia kena marah
Aku pun sama jugak
Cubalah faham.....

Lepas ni semua ikut haluan masing - masing 
Kau dan aku mungkin takkan jumpa lagi 
Mungkin kau tak pernah fikir langsung pasal kawan kau ni
Tapi aku nak kau tahu aku selalu fikirkan pasal kau

Mana kau yang dulu
Baik, ceria , caring, happy
Semua dah lain

Bila aku cuba cakap
boleh tak pandang aku?
bagi respon
tolong jangan larikan diri

kau nak aku minta maaf
aku dah buat
nak aku explain mistake aku
tak terluah jawabnya 
tapi aku betul - betul minta maaf

tolonglah faham kawan.......
aku rindu kita yang dulu......
macam dulu.......


Thursday, November 24, 2011

Brader Specky dan Keropok Lekor =)

me                   : "Bang, nak kopok lekor singget, pisang singget"

brader specky   : "Jap eh dik..nak apa tadi?"
                       (masa yang sama ada minah ni potong line.. haaiisshh.. sila beratur ye next time -_-")

me                   : "Nak ni dengan yang tu.. "

brader specky   : "Singget eh.. Tak kenyang eh makan tadi? hehe "
                        (makan kat depan gerai dia pulak tadi kannn..adeess..~haha )

me                   : "Hek' ele.. saje je la. Nak buat bekal untuk petang ni,nak lepak - lepak tengok movie.
                         Malas nak keluar dah"

brader specky   : "Bekal untuk esok tak nak? hehehe "
                       (hahaha =p sengal.. ini sudah lebih.. haiisshh =p kalau nak belanje boleh je..haha )

................................................................................................................................................



OK.STOP.. banyak songeh pulak abang specky ni.. haha =p
apa2 pon, thanks bagi kopok lebih.. buat bekal.. hahahah ^_^"

Aina punya pasal la ni , nak menyakat brader ni. Tup2 aku pulak yang terkena..

*btw, abang specky tu kannn...sedap je mata memandang... hahahah =p



# buat sahabat aku yang nak ke TOKYO...baru je dapat sms tadi.... (jelesssss...... >_<" ) selamat bercuti bersama family tersayang.. huk3. ingat daku dalam flight mu.. ehhh.. haha =) 
Takpe - takpe... kau pergi dulu.. Next time aku pulak, bawak flight sekali. hehe ^_^"

Sunday, November 20, 2011

20112011 hari ini dalam sejarah nata

*tajuk takleh blah kannn.. =p


20112011.Settle dah tugas aku hari ni. 8.30 am - 6.00 pm. 
Pagi yang cerah kini sudah gelap..haha. Hujan petang tadi. ngeee~
UiTM Shah Alam - TUDM SUBANG - UiTM Shah Alam.
Buat apa aku pegi sana? Saja jalan - jalan makan angin. haha =p



Takdelah.. actually pegi ambil makanan untuk strength yang hadir training hari ni.
Letih sikit, tapi best =) Dapat pulak driver van UiTM yang lawak tu. 
Ditemani kak sara lawa yang lawa.. haha =p




Cantik tarikh hari ni kan ? =) 




*congrats to abang cool & akak cantek kita ni ~ Zahiril Adzim & Shera Ayob
Semoga berbahagia sampai syurga hendaknya .. amin ..~ 

 *iklan jap .. hehe =p




Ok. Back to the topic >_<"
Hari ni aku jadi "nata", sebabnya aku duty. Menghabiskan hari ahad aku dengan join training minggu ni.
Ni nickname yang aku dapat masa masuk Rotu Airforce UiTM masa kat UiTM Samarahan Sarawak.
Sampai hari ni nama tu melekat. haha
 









So, this is me wearing the uniform.
*saja blurr kan atas sebab2 keselamatan (poyo jekkk.haha) *










Ok. tu je. Aku dah start sakit kepala.Virus dah mula menyerang.
Bersin untuk keberapa puluh kali dah. Main hujan tadi. hehehe =) adiiooss ~

Tak terluah -_-"

Aku jumpa dia tadi
Cuba tegur macam biasa


Tapi aku tak tahulah kenapa
Situasi macam tak kena
Atau tu semua mainan perasaan aku


Otak kata tegur
Aku pun tegur
Tapi hati degil
Hati kata jangan

Sebab...
Nanti tiap yang aku cakap
Sakitkan hati dia


Kawan
Kalau lah kau dapat dengar
Isi hati aku
Perasaan aku
Yang dah penuh dengan
rasa bersalah
sedih, kecewa, dan bengang
sebab tak dapat nak bagitahu kau
situasi sebenar.............................

Saturday, November 19, 2011

LIRIK LAGU : SELAMANYA - feat Joe Flizzow, Carleed Khaza & Altimet

Keputusan Terkini / Semasa Separuh Akhir Bolasepak Sukan Sea 2011
19 Nov 2011 - 5 pm
Malaysia Vs Myanmar
1      -       0

Malaysia Layak Ke FINALLL !!! WeeEee ^_^"
 
 
 
 


Kepada penyokong tegar Skuad Bolasepak Malaysia !! 
Teruskan sokongan !! =) 


LIRIK LAGU :

SELAMANYA - 
feat Joe Flizzow, Carleed Khaza & Altimet


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!


Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

(Altimet)
Inilah tunah tumpahnya darah ku,
Negara pasukan biarlah hanya satu,
Harimau kami berlari laju,
belang nak tertanggal dari baju,

Harimau kami cekap gelecek,
Pertahanan lawan tumbang sederet,
Bila turun padang berumahkan gelanggang,
Kalau berani mari bersandang....


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

(Joe)
Semua berlari hingga tiada keringat,
GOL pertama untuk negara kedua untuk pingat,
Bila atas padang main tak ingat,
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat,

Pernahkah ada harimau yang jinak?,
Jawapannya tidak semestinya lincah,
Penyokong ke stadium beranak pinak,
Untuk mu MALAYSIA kami sana....


Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

(Carleed Khaza)
Hey,nari kita semangat,
HITAM KUNING terpahat,
Mari kita berjuang,
Tempur berperang di padang,

Sekali lagi,
Maju lagi,
Serang lagi,
Gagah berani sebati,

Tidak genat tenang,
Dengar sorakan Gemilang,
HARIMAU MALAYA PASTI MENANG!!!


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

Perjalanan 'Jauh' >_<"

10am – Stesen Bas Banting

Naik *Limosin (it’s a bus actually.. =p ) nak ke Shah Alam. Tapi transit kat Klang dulu. 
Tukar bus untuk ke Shah Alam.  . Takdanya nak naik kereta suruh orang hantarkan. 
Berdikari! Cehh..haha.

Ramai gak orang nak ke Klang hari ni. Sabtu lah pulak kan. Maybe ada yang ke Shah Alam or KL terus..
 
Siap ada satu family ni dalam 7 orang  kot naik bas yang sama dengan aku. 
Gaya macam orang berada.  Sebabnya aku terpandang kat benda segiempat 
yang boleh ambil gambar manusia dan yang sama waktu dengannya (DSLR sudehhh).   
Anak dia yang kecik tu pulak tengah main Angry Bird kat Galaxy Tab ayah dia. Haha =p

 Persoalannya : Kenapa mereka – mereka ni naik bas??

Jawapan yang aku dapat dari uncle ni : “Saja je naik bas, nak ajar anak saya berdikari. 
Lagipun jalan ke KL confirm jem hari sabtu ni. So, naik bas jimat sikit tak perlu nak isi minyak kereta….blablabla…etc” (panjang jugak aku borak dengan uncle ni)  

Fakta : Uncle ni pemilik salah sebuah ‘superstore’ yang agak famous kat Banting tu. No wonder la kannn…~


11.00 am – Klang

Mata aku dah berat sebab semalam tidur lewat. 
Aku pun decide untuk ‘tidur – tidur ayam’ (boleh pulak kannn). 
And bila aku terjaga, bas yang aku naik ni baru je melepasi stesen bas Klang. 
Tempat yang sepatutnya aku berhenti !! hahaha

Aku try buat – buat cool, rilex, positif and etc (dalam hati, menyesal gila tertidur tadi) 
Padan muka kau Cha ! hahaha >_<”

Bas ni teruskan perjalanan , aku nampak signboard jalan menuju ke SHAH ALAM – KUALA LUMPUR. Kat otak ligat berfikir nak berhenti kat mana ni??  Malangnya nasib, bas ni tak masuk pun laluan ke Shah Alam. 

So..., KL here I come !! bahaha =p

Layankan aje………


11.50 am

Ok fine.
Dah sampai Central Market.
Hahaha =p

Aku pun decide untuk menghabiskan hari Sabtu aku yang ‘CERIA’ ni kat sini.
Alang –alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ! yezzzaaa… ~






Aku pun lepak kat KFC (lapar weyhhh)
And terus menaip cerita - cerita sengal yang korang baca ni... lalalala =p
Jadik LoneRanger lah jawabnya….. ^_^”




To be continue………………….



Terbang Melayang?

As usual, bangun pagi - pagi pegi jogging kat tasik dekat rumah ni.
Tak jauh pun, dalam 15 langkah sampailah. hehe.
Hirup udara segar. Best.


Tengah syok jogging, aku nampak benda hitam bergerak - gerak dekat rumput tepi tasik. 
Macam ikan, ke ular ??  Tapi apa ikan ni buat kat rumput?? 
takkan main bola pulak kan.haha =p

Misteri terjawab bila aku datang dekat dengan objek yang bergerak - gerak tu.  
Rupanya ikan pemalas a.k.a ikan bandaraya. Tapi bila aku try gerakkan dia guna kayu, 
dia buat - buat mati pulak. Bijak - bijak. huh.


Aku tak tahu samada nak biarkan je ikan ni terkapai - kapai kat sini 
atau bagi hidup dia balik kat dalam tasik tu. Kebetulan time tu ada sorang minah india ni jog 
then berhenti kat tempat tu. Aku tanya dia, ada orang memancing ke kat sini tadi? 
Dia kata tak tahu, takda kot. So, kitorang decide lepaskan je ikan tu ke tasik. 
Laju je dia masuk dalam air tu. Basah baju aku kena percikan air tasik tu. haiishh >_<"


Masa aku lepaskan ikan tu , tiba - tiba aku rasa lain. 
Lama aku duduk menghadap tasik tu. Aku rasa seronok sebab d
apat tengok ikan tu berenang balik kat tasik. Dia dapat peluang kedua. 
Mungkin kat dasar tasik tu nanti 
dia akan buat hidup dia lagi bermakna dari sebelum - sebelum ni.
Imiginasi terlebih pulak. Ok fine. Back to reality. =)
 ______________________________________________________________________

Mama call, tanya and tawarkan something yang aku tak pernah duga selama ni.
"Adik minat ke jadi pilot? Nak tak sambung study kat Langkawi, jadi pilot? 
Tak pun masuk TUDM ke?"

Terdiam aku dibuatnya. Pilot?? Tu semua cerita masa aku kecik dulu. 
Minat nak terbang sana sini. Minat uniform pilot TUDM. Minat tengok kapal terbang. 
Minat semuanya lah. Cuma tak pernah terluah. ngeee~

Back to the question tadi, aku blank jap. Then aku tanya ''mama serius ke ni?? Of course lah minat. Nak ! "
Perbualan mama and anaknya berterusan.... blablablabla..... ~

Aku teruja sangat - sangat and terus search pasal flight academy tu. 
Mungkin ni yang aku cari selama ni. huhu. Sebelum ni memang apa - apa keputusan aku, 
mama ayah setuju and support. Tapi sebenarnya mama ayah tak berkenan sangat. hehe. 

Kali ni, bila diberi peluang and sokongan penuh.. 
Aku rasa sangat..sangat..sangattt lah gembira and bersyukur. 
I'll do the best mama ayah !


>>>>>>>>>>>>>>>>>>-<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sahabat - sahabat yang aku sayang sangat 
> Erda, Nana, Baby, Shishi and yang lain jugak. 
Terima kasih sebab tak pernah jemu advice, kongsi masalah, care pasal aku, 
bagi semangat and support aku. Thanks a lot beb !!

Thursday, November 17, 2011

“Burung Besi” di Langit Biru

Tajuk nak gempak je kan. Adesss >_<”  


The story begin…. 


Masa tengah lap - lap cermin perhiasan kat depan kedai ni, 
dengar bunyi sayup – sayup kat atas awan tu. Macam pernah dengar bunyi ni. Dongak kat atas, rupanya NAGA MERAH muncul nak serang (apa aku mengarut ni?? >_<”)  

Actually it was ‘burung besi’ terbang megah di awan biru. 
Cewahh.. hehe. Alah..kapal terbang lah. Apasal tiba – tiba cerita pasal kapal terbang ni? 
Al-kisah maka tersebutlah kisah….blablabla…. haha.   


Masa kecik – kecik dulu, 
bila nampak kapal terbang automatically  tangan ni excited nak melambai – lambai (macamlah pilot or steward stewardess tu nampak kannn.. =p)  Eleh..korang pun mesti pernah buat jugak.  
Kan..kan..kan.. 

Kenapa aku lambai? Aku pun tak tahu apa sebabnya. Haha   

Bila dah besar, terbang ke sana sini tu lah kerja aku (cehhh bajet jek..haha). Yelah, dari Sabah – KL -Sarawak - Langkawi. Macam – macam tempat aku pegi. Paling best KL – Brisbane – Korea (Jap – jap, yang ni beberapa tahun akan datang..bahaha)  


Pernah telintas nak jadik pilot pesawat pejuang. 
Sebab tengok cerita “Menerjah Awan”. Tak pernah miss tengok drama pasal TUDM tu. Time tu sekolah rendah kot. Rasa macam best je, cool tengok pilot – pilot tu. Especially yang ladies. Berangan nak jadik macam dorang.   

Tapi angan – angan tak jadi kenyataan pun. 
Aku decide ambil course berkaitan sukan di UiTM. (Atlit sekolah kononnya dulu.. haha) Tapi aku tak matikan pun watak “pilot” dalam diri aku. Aku teruskan jugak minat dengan join badan beruniform  
ROTU AIRFORCE / PSSTUDM (nanti cerita lagi pasal ni).      



OK.STOP. 
Bila menaip je tak reti nak berhenti.  Dah..cukup – cukuplah tu Cha oii.. =.=”  

DONE

Wednesday, November 16, 2011

Mukadimah bukan Mukabuku

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum, pembuka bicara ..Alhamdulillah bertemu kita di entry mukadimah kali ini… Blablabla…. (dah macam MC majlis pulak =p)

WELCOME!
To my ‘open diary’ @ Lensa.Hati.Nata ^_^”
(Ada apa dengan L.H.N? teruskan baca =p)

So, hai ! and..ermm.. Hai lagi sekali ! haha.
Nama diberi Natasya NasLin (fullname? Nanti tahu jugak.. )

Akhirnya blog lama tu aku dah ‘lupuskan’ dan digantikan dengan blog segar bugar dari taman bunga ni (taman bunga?? ) >_<” haha.
Mostly, blog ni tentang Aku.Kamu.Dan Mereka. Kau, yang tengah baca ni pun ada jugak kot. Hehe

Kenapa aku ‘lupuskan’ blog lama? Sebab aku dah malas nak handle, blog tu penuh dengan cerita sedih, penuh habuk, dan sawang (erkkk..sawang? teringat kat budak ROTU sorang ni.haha).

Ok.Stop.
Jangan dikenang kisah yang dah berlalu. Perghh..ayat. hehe.
Kenapa L.H.N ? Apa benda tu? =.=” :

Lensa- Situasi sekeliling dari sudut pandangan mata aku (bukan mata kucing or etc..) dan sebenanya merujuk kepada lensa kamera tu sendiri.
Hati- Setiap cerita/entry yang aku taip or TERtaip (ter?) wujud tulus dari hati aku yang suci murni ni =)  (bukan hati ayam ok..)
Nata- Nickname yang aku dapat ‘when I was…’ (bukan sejenis makanan- NataDeCoco!). Cerita tentang aku dan mungkin rahsia – rahsia aku akan terbongkar kat sini. Oh nooo~

Ok. Enough. Next,
Hobby...,
Asal…,
Study kat…,
(cari jawapan-usha header kat atas tu ok )

Anak kedua dari 40 adik beradik.
Ehh,4 orang je lah. 2 gorgeous girl, 2 handsome boy. Lalala ^_^”


Ok fine. Perut dah jamming.
Nak makan, sambung next time.

 

~aku bagi gambar yang tak berlagu ni kat korang dulu.